free counters

Saturday, May 28, 2011

Holiday Week Malaysia!

 Assalamualaikum... Peace Be Upon On You, My dear Visitor. In my country.. Now (28/05/2011), 2 weeks holidays just begun... Now any 'extraordinary' event may occurs or take place whole place in Malaysia... For Malaysian people, now it the time for us to take a rest! and go for HOLIDAYS! Ok.. lets straight to the main point..

.: TITLE :.

HOLIDAY WEEK MALAYSIA::.

...NOW, the Holiday have arrive <based on Malaysia Calender> , for 2 weeks if I'm not wrong. Lets talk about what we or me gonna do during these holidays. Most of us, use them to 'earn' some money like part time job or full time jobs for just 14 days which is equal to 2 weeks. Some of our parents, have go to work to earn some hard earn money to keep our life 'balance'. And some of us, will go for a HOLIDAYS TRIPS!! Trip to somewhere that bring up word "FUN" or "RELAXATION" or "HAPPINESS WITHIN THE GARDEN OF ZEN".. haha.. Maybe...

 As I, student in secondary school. I had a lot of homework, assignment, and 'internet homework' at my school portals or 'web'. I know 'Education' is VERY IMPORTANT for a 'human' to develop to become more mature and gain HIGHER IQ than those generation before them. Although, there a lot of 'education' work to do, we have manage our HOLIDAYS with some FUN!! and RELAXATION!!. That's what meant by Holidays.

 If we manage to 'time' our job, our homework. There should be no problem to have some schedule for HOLIDAYS. Let me tell ya'all about, where we have to go when HOLIDAYS come..

!!WHERE IS THIS PLACE!!

 Now... see picture above? What it is? Where? Let me answer it.. BEACH!! or in Bahasa Melayu (Malaysia main language) PANTAI. It's look so CALM. WINDY. SOUND OF THE WAVE. This picture is taken at Pulau Perhentian which is an Island (Pulau). Beach.. and Beach. I LOVE IT! This is FUN AND RELAXATION place for all ages.. include baby and old people.. or folk..

 SPLASH water!! and 'surf' the wave.. and Start your LOVELY DAY with some 'breath-taking' views over the sea and some 'natural-decoration' around you. Take Your Time.. If ya cannot go.. Just Imagine it.. OK!



Ok.. that enough with the BEACH... how about this >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

YES! IT a RESORT! not a HOTEL.. A resort.. Does it complete your relaxation for your vacation? A resort like this maybe the best 'package'. But at the end... it depends on your own taste or 'appetite'. Sometimes, most of us thinks, HOTEL is more 'GREAT' and more 'LUXURY'. But to myself, in a VACATION for RELAXATION, those things is not important. Why? Do you know, what is meant by Relaxation? Well open up your dictionary. Those "LUXURY" and "RICHNESS" doesn't bring any relaxation. We need something that 'react' or 'communicate' with our body and our senses. FORGET YOUR WORK. ENJOY YOUR LIFE.



 And 1 MORE IMPORTANT THINGS that you all should keep it in your mind is SAFETY!
Yes! SAFETY! SAFETY! SAFETY! SAFETY! SAFETY!
...Make sure everything is 'safe' and 'secure'. And please DON'T DRIVE when you feel DIZZY or SLEEPY. Take a short nap or have some coffee.. That would work... Please... Please... Be Safe...


 THAT ALL FOR TODAY! AND FOR THIS POST!! 


FOR ALL MY FELLOW FRIENDS AND READERS
PLEASE BE SAFE AND BE CAREFUL

HAPPY HOLIDAYS AND ENJOY YOUR LIFE

<TO MALAYSIAN>

!LETS GO VACATION! 

read more "Holiday Week Malaysia!"

Saturday, May 21, 2011

TANGISAN MEMBAWA MAKNA

Assalammualaikum.. dan selamat sejahtera.. Tajuk post untuk kali ini adalah tangisan membawa seribu makna. Tangisan membawa seribu makna? Lain macam sahaja bunyinya.. Bagaimana tangisan itu membawa makna???

IKUTILAH...

 "Ibu... kenapa kadang-kadang orang menangis, dia diam sahaja, ibu?", kata si anak kecil, perempuan 6 tahun.

"Ohh, ermm... mungkin dia tiada kekuataan untuk menerima apa yang telah berlaku kat dia.", kata Ibu.

 "Tapi Ibu, kenapa pula dia nangis?", kata anak.

"Kenapa dia nangis? Hmm.. Kenapa kadang-kadang anak Ibu nangis?", kata Ibu.

 "Sebab Ibu tak ada dekat sebelah. Lagi... sebab... Ibu tak bagi mia makan sendiri", kata anak dengan muka yang masam dan sayu.

"Ha'ah.. mungkin orang itu pun rasa macam itu. Kadang mereka nangis, sebab mereka hilang sesuatu yang penting dalam diri mereka atau hidup mereka.", kata Ibu.

 "Tapi Ibu, bukan ke ayah cakap tak elok menangis. Tapi tapi kn... kawan mia cakap, lagi baik kalau nangis", kata si anak dengan muka yang tertanya-tanya.

"Ayah cakap macam itu ke? Nak kena ayah kamu ni..(ketawa). Ayah cakap macam itu sebab, dia tak nak lihat mia menangis.", kata Ibu dengan tersenyum-senyum.

 "Sebab ayah tak nak lihat menanigs? bukan ke masa kecik, mia kn selalu nangis.. hehe", kata si anak.

"Anak Ibu ni, pandai bertanya ya. Betul, masa kecik mia selalu nangis. Nakal. Tapi sekarang mia dah besar. Bagi ayah, bila mia dah besar, ayah takut mia nangis. Sebab dia tak nak lihat mia sedih dan 'terluka'. Faham tak anak Ibu?", kata Ibu dengan pasti.

 "OK IBU! Mia faham.. Ibu... Ibu... Ada orang cakap, nangis ni baik.. Kenapa?", tanya si anak.

"Mia.. dengar baik-baik ya...Bagi Ibu, menangis ni untuk luahkan perasaan kita. Contohnya, waktu masa kita sedih ataupun terlalu gembira, dengan menangis, kita akan berasa lega. Masa Ibu remaja, Ibu kadang-kadang nangis juga. Ibu teringatkan ayah mia. Masa tu kan, perasaan Ibu ni rasa tak tenang saja. Walaupun ayah mia, ada telefon Ibu.. dan berborak-borak, hati Ibu tetap rasa tak tenang. Jika ia tenang, hanya untuk seketika saja. Tetapi, ada satu malam ni, ayah mia telefon Ibu. Tanpa sebab, Ibu menangis.. Bila Ibu menangis, Ibu luahkan perasaan Ibu kat ayah mia, walaupun sudah beribu-ribu kali diucapkan. Tetapi, ayat-ayat itulah membuat Ibu hendak menangis. Sepanjang ayah mia telefon, Ibu menangis, dan Ibu dapat rasakan ketenangan.. Samalah juga bila kita menangis dalam solat. Lagi kita rasa ketenangan yang sebenar dari Allah. Jadi bagi Ibu, setiap tangisan itu membawa makna.. Sama ada kita gembira, sedih, atau memerlukan bahu untuk menangis. Dan Mia.. ingat.. tangisan kerana Allah adalah lebih bermakna.. daripada kehidupan ini...". kata Ibu dengan penjelasannya.

 "Tangisan kerana Allah? Ok Ibu.. Mia akan cuba ingat. Ibu kenalah juga ingatkan mia ya.. ya.. ya.. Ibu...", kata si anak.

"Mia... Ibu sayangkan mia.. Ibu sayangkan keluarga kita.. Mia sayang tak Ibu dan ayah?", tanya Ibu.

 "Mia.. Cayang Ibu dan Ayah.. eheh.. (peluk Ibu)", kata si anak dengan senyuman yang ikhlas.

"Ibu tahu... Mia.. Ibu tahu... Ayah sayangkan mia juga. (mengalir air mata Ibu)," kata Ibu.

 "Ibu.. Janganlah nangis. Nanti ayah marah.. dan nanti Mia pun nangis...(peluk Ibu dengan erat)," kata si anak.

"Eh.. tertidur pula Mia ni... Anak Ibu ni.. (Usap dahi si anak) Jadi anak yang SOLEHA ya Mia..", kata Ibu...


<created by Mohammad Firdaus>

KONKLUSI::.

 Setiap tangisan, setiap titisan air mata kita.. mempunyai kisah yang tersendiri. Setiap memori adalah bermakna bagi kita.. dan memori itu mengalir bersama-sama dengan tangisan kita. Barangkali, kita menangis kerana 'bermimpi ngeri' atau ketakutan. Ya, memang ada. Dan lebih sebahagian hidup kita, kita menangis bukanlah kerana itu, tetapi dengan perasaan yang kita sendiri rasa. 

SAYANG. RINDU. RESAH. RISAU. CINTA. INGINKAN SESUATU. 
TAKUT HILANG SESUATU YANG PENTING. 
 .:MUNGKIN:. 
.:MUNGKIN:.
.:MUNGKIN:.

Tangisan kadangkala membawa seribu makna.. Membawa ketenangan dalam hati kita. Dengan menangis, kita dapat melepaskan segala kesusahan hidup. Apa-apa sahaja. Dan Jika dibenarkan. Menangislah dalam SOLAT dan ketika kalian berdoa kepada ALLAH.

Sekian.  

TERUSKAN MENANGIS
TANGISLAH KERANA SESUATU YANG BERMAKNA 

read more "TANGISAN MEMBAWA MAKNA"

Friday, May 6, 2011

WAHAI IBU !!!

 Assalamualaikum dan Peace be upon to all my vitisor. I appreciate to those who still reading my posting and to those who follow me from the day, I created this Blog. Yes.. Kepada mereka yang sentiasa beri sokongan kepada saya dan terutamanya si 'dia', walaupun agak merindu dia.

TOPIK>>

.::HARI IBU UNTUK SEMUA IBU::.

 Benar... Hari yang bertarikh 8 Mei tidak dipisahkan dengan satu peristiwa atau hari yang mengingatkan kita mengenai INSAN yang bernama IBU,MAMA, MAK,UMMI..dan lain-lain gelaran baginya. Pada kali ini saya bukan mahu menceritakan bagaimana mahu menyambut Hari Ibu dengan SEMPURNA.. Sambutlah dengan keikhlasan didalam hati dan hargai mereka.

 Insan yang bernama Ibu.. Yang telah melahirkan dikalangan kita, sebagai manusia di muka bumi ini. Seorang Insan yang banyak berjasa dan berkorban untuk memastikan kita 'dilahirkan' di dunia dengan harapan 'Si Kecil' ini mampu berjasa dan beramal di dunia ini. Secara tidak langsung, ia benar-benar menyejukkan hati insan yang bergelar Ibu. Mungkin dimata kita sendiri, kita tidak sedar bahawa, ketika dia melahirkan kita.. Nyawa si 'Ibu' umpamakan "Telur dihujung tanduk". Apakah kita sedar akan perasaan si 'Ibu'?

JASA IBU::.

 Mahupun kita sedar atau tidak, namun pada hakikatnya seorang Ibu telah banyak berjasa kepada kita yang bergelar anak. Mahupun dari yang zahir mahupun batin. Kadang-kala kita sendiri bagaimana ibu melauhkan perasaan kasih, sayang dan rindu dekat anak-anak dia...

i) Ibu melahirkan kita,anak, ke bumi ini dengan mempertaruhkan nyawanya. Dalam suatu ketika, mungkin akan ada diantara mereka yang akan selamat.. mungkin kedua-duanya pergi bersama.. Tetapi jika diberi pilihan, seperti situasi ini ...

 "Sayang, jika ada diantara kami (ibu dan anak), yang dimana perlu diselamatkan, maka pilihlah anak kita.. bukannya saya... Boleh ya.." kata seorang Isteri kepada Suami

 " Encik! Kami terpaksa selamat salah seorang dari mereka. Antara Isteri dan Anak, yang mana satu?", Kata Doktor kepada suami yang tergamam buat seketika..

 "Sayang, atas apa yang engkau ucapkan dan amanat yang Allah bagi kita anak. Saya akan jaga anak kita baik-baik dan didik dia."... 

 "Doktor, Tolong Selamatkan Anak Saya, Ya.... Tolong Ya Doktor..", kata Si Suami kepada Doktor..

ii) Ibu akan sentiasa cuba mendengar masalah kita, walaupun kadang-kadang dia sibuk sangat. Dialah pendengar dan pemegang rahsia kita yang kita boleh percayai..

iii) Ibu akan sentiasa bantu kita dalam menyelesaikan masalah.. Dan dialah yang akan sedaya upaya menyejukkan hati kita yang pilu... Pengalaman saya sendiri, mimpi buruk..

 "Mak... (dalam keadaan teresak-esak menangis), jangan pergi mana-mana... (sambil memeluk kakinya ketika dia masih lagi terjaga dan menghadap komputer)"....

 "Dah-dah... tak ada apa-apa... Mak tak pergi mana-mana... (mengusap dahi ku,selawat)... Dah.. pegang mak betul-betul, nanti mak lari..mhmm.."

iv)Jika kita sentuh bab-bab mendidik.. dialah akan akan mengajar kita dan kenalkan kita kepada DUNIA..

.........Kalau dibincangkan mengenai jasa ibu ni, tidak akan habis.. Kadang kala, jasa mereka ni kita tidak dapat terangkan dengan kata-kata.. Kita kadang-kadang pelik juga, kenapalah Ibu marah kt kita..

Kasih Sayang Ibu::.

 Bila Ibu marah, kita akan katakan "IBU TAK SAYANG KAT SAYA KE?!".. Percaya atau tidak, seorang ibu yang memarahi anaknya sebenarnya mengajar anaknya dan benar-benar takut kehilangan kita..
i) Ibu marah sebab dia ambil berat pasal kehidupan kita.. Dia tidak mahu lihat kita bersedih.. Dia tidak mahu kita rasa susah hati.. Keseorangan..
 
ii) Ibu marah sebab dia takut, akan kehilangan kita.. Dia takut jika anak dia pergi dahulu sebelum dia.. Dia mahu lihat anak dia berjaya... 
  
iii) Ibu marah sebab dia nak kita baiki perangai kita atau tabiat kita yang buruk.. Dia mahukan yang terbaik bagi anak-anak dia.. Walaupun ada suatu ketika ia pasti akan membawa beban kepada si Ibu, tetapi dia tidak perdulikan semua kesusahan demi kebahagian anak-anak..

 "Ibu! Kenapa Ibu marah-marah?! Ibu tak suka ke cara saya ni! Kalau ibu tak suka! Saya tetap dengan pendirian saya! Saya tak suka IBU macam ni!!"

Wahai Sahabatku,
 Jika seorang ibu mendengar kata-kata itu... Saya pasti.. Hati dia benar-benar telah tergores.. pasti berdarah didalamnya.. Seorang anak yang soleh dan solehah mahupan anak yang taat... Janganlah SESEKALI kamu berkata begitu kepada IBU MU!! APAkah kalian tidak BERSYUKUR ATAS PENGORBANAN DIA MELAHIRKAN KAMU DI ATAS ATAS MUKA BUMI INI!! INSAF LAH SEBELUM terlambat...

Akhir kata... dalam post ni... Sayangilah, hargailah, fahamilah, kasihlah, prihatinlah, dan jagalah IBU mu dengan sebaik-baiknya.. Demi Allah... akan kalian lakukannya... Kita manusia.. Manusia yang memegang amanat Allah sebagai seorang Hamba dan Khalifah di muka bumi ini... 


DIA AKAN MENANGIS DEMI KITA
 DIA AKAN BERADA DISISI KITA
DIA AKAN MENYAYANGI KITA
 DIA AKAN LINDUNGI KITA
DIA ADALAH INSAN YANG BENAR MEMAHAMI KITA 


WAHAI KAUM IBU, JANGANLAH KAU PENUHKAN KEHIDPAN DENGAN TANGISAN YANG SIA-SIA
MELAINKAN TANGISAN YANG MEMBAWA ERTI DALAM KEHIDUPAN MU SEBAGAI KAUM HAWA YANG LAYAK MENDIAMI JANNAH (SYURGA)

 
read more "WAHAI IBU !!!"

Sunday, May 1, 2011

2 Hari Ujian Kesabaran 2nd Day

 ....First of all, I want to say sorry to any of you (VISITOR) because... this post is nothing actually. Not like usual post that I usually post in my Blog.... This post is about 2 days of someone about trial of faith and patient without someone or somebody..

The Second Day, Last Day (Monday) 02/May/2011,


 Pagi menyingsing... sinaran mentari menyinari wajah, tersedarku dari lena. Sebaik sahaja aku bangun, aku berkata,""Alhamdulillah, syukur ya Allah... Jantungku masih lagi berdenyut, akal ku masih lagi berfungsi dengan baik, dan tubuhku yang sihat.. Aku bersyukur pada Mu... Aku masih lagi bernafas dan mampu beramal"",seperti hari-hari yang lain. Hari ini, aku gembira kerana ia merupakan hari yang terakhir bagi ku untuk menahan segala keresahan, ketakutan dan akhirnya aku dapat melaksanakan rutin harianku seperti biasa...

 Terusku laksanakan perkara biasa... membersihkan diri. Hari ini, keluargaku akan bersarapan di luar... Di sebuah kedai makan yang tidaklah mewah, tidaklah miskin... hanya ala kadar sahaja, di Kampung Kuala Terengganu. Alhamdulillah rezki Allah, dapat ku menjamu selera dengan makanan yang lazat-lazat belaka. Aku melihat langit, dalam hatiku berkata,"bila..semua ini akan berakhir? Adakah dia sudah pulang pada waktu petang seperti mana yang dia beri tahu kepadaku?".. Aku tahu, suatu tempoh perjalanan mungkin ada 'kesesakan' dan 'masalah' ketika dalam suatu perjalanan... Tapi aku tidak peduli semua itu... Aku hanya mahu kepastian.

 Setiba ku di rumahku, terusku terduduk di atas kerusi, dihadapan laptop.. memikirkan apa yang ingin ku lakukan pada hari ini... Fikiran ku tiada idea langsung... Ia hanya mahu menunggu dia... Jam 12... 2 orang sahabat datang menemuiku... bersembang bersama-sama.. bak kata orang muda, 'melepak'... walaupun, mereka ada... hatiku , fikiranku melayang jauh.... Jam 2..Aku tahu, dia masih lagi belum pulang.... tetapi tangan ku, hatiku, akal ku.... tetap ingin mendengarnya... Tiada jawapan, hanya deringan... Fikiran tidak tentu hala... kepala terasa berat... .....maaf..... jika tidak dapat mendengar suara mu...... "Benarkan aku lena seketika, menghilangkan kesakitan kepala...." "Hanya seketika" ........................................................................... aku mahu lenakan diri........... dan tunaikan fardhu.....














Moga aku terjaga, mendengar deringan.. dan suara mu................... . . .  .
read more "2 Hari Ujian Kesabaran 2nd Day"

2 Hari Ujian Kesabaran 1st Day

 ....First of all, I want to say sorry to any of you (VISITOR) because... this post is nothing actually. Not like usual post that I usually post in my Blog.... This post is about 2 days of someone about trial of faith and patient without someone or somebody..

 The First Day, (Sunday) 01/May/2011,

  Awal-awal pagi, bangun sahaja tidur... Kelopak mata terbuka luas.. Ku bangkit dari tidur yang lena, dari 'katil' yang empuk, dan kepala jauh dari bantal busuk ku... Ku terduduk buat seketika.. dalam hati ku berkata "Alhamdulillah, syukur ya Allah... Jantungku masih lagi berdenyut, akal ku masih lagi berfungsi dengan baik, dan tubuhku yang sihat.. Aku bersyukur pada Mu... Aku masih lagi bernafas dan mampu beramal"... Tapi aku teringat akan sesuatu... mengenai sesuatu yang aku sendiri tidak mahu mengingatkannya... dan aku mahukan ia dijadikan satu mimpi Ngeri dalam tidur ku.. "Untuk 2 hari esok dan lusa....", ianya satu permulaan ayat yang membawa ku kepada mimpi ngeri...

 Tanpa berlengah, terus ku bangkit... dan membersihkan diri... Ku berharap, setiap jerusan air yang sejuk keatas kepala ku, mampu melupakan perkara yang sedang ku fikirkan... Namun ia tetap berlengar-lengar di dalam fikiran.. Ku tunaikan perintah Allah yakni solat fardhu subuh. Ketika berdoa, terdapat kilasan bayangannya. Terusku berdoa agar disampaikan salam ku... dan kesejahteraan kepada keluarganya.

 "Ya Allah, jika benar hati ini mulai membingung dan resah.. Maka Ya Allah, tenangkanlah hati ini dengan kekuasaan dan keagungan mu.. Masukkanlah ayat-ayat suci di dalam akal dan hati ku."

  Tubuh ku bangun daripada sejadah... Merengangkan semua anggota tubuh ku yang sebentar tadi lena dari tidur yang nyeyak.. Pagi ku, didatangi seorang sahabat, mengajak keluar untuk menempah 'court' badminton. Dan sekembali ku di rumah, terusku menjamu selera sarapan pagi.. walaupun waktu itu sudah pukul 12 lebih.. Selalunya akan ku makan paling sedikir 2 pinggan nasi or 3 bungkus nasi lemak.. namun hari ni... ku hanya mampu menjamu rezki Allah hanya 10 suapan nasi... Tidak kenyang, tidak lapar.. Sedang-sedang.. Habis sahaja menjamu nikmat Allah...Azan sahaja, terusku tunaikan solat fardhu zohor.. Selesai sahaja berdoa, Terusku menatap wajah laptop yang asyik dengan putih dan hitam <screen>.. Mendengar beberapa lagu yang ada.. dan lagu pertama yang ku dengari adalah... "The Most Beautiful" "Yang Terindah"... sehinggalah <3 o'clock'>

 Hujan... Hasrat untuk ke Dewan Badminton sama sekali tidak terdaya dilaksanakan... Akan tetapi nasib baiklah.. Jam 7.25 lebih, azan Maghrib ku dengari dikaca tv dan azan masjid Nurul Hijrah... Matahari sudah pun terbenam, bulan pula mengambil tempat... Ku teringat akan suatu malam yang indah... yang Allah berikan ku peluang pada malam itu...Aku benar-benar menghargai setiap saat pada malam itu sehinggalah paginya.. Selesai solat fardhu, terusku buka al-Quran... Dalam Islam, dan Nabi pernah berkata," Bacalah al-Quran setiap hari.." Habis membaca... Laptop telah pun di-on kan... dan perkara sama yang ku lakukan pada petang tadi, ku membuka lagu "The Most Beautiful"... sambil-sambil mendengar, ku buka 'internet browser'.. online facebook... Aku cuba mencari sesuatu yang mampu menenangkan hati ini... Namun.. pencariku... terhenti.. akan kerana aku pasti tidak akan jumpa...

 Waktu Isyak.. dan perintah-Nya telah ku tunaikan.. maka lengkaplah salah satu tiang dalam diri ku. Namun sehingga kini.. aku masih merasai suatu perasaan risau... atau rindu... Jam 9.30, aku selalu lakukan satu rutin harian... Namun hari ini... rutin itu tidak dapat ku laksanakan... Adakah mungkin ini perasaan yang dia rasai ketika ketiadaanku... Agak kacau juga hati ni.. dan aku masih lagi mendengar lagu yang sama.. berulang-ulang kali tanpa aku rasa jemu.. mungkin tidak akan rasa jemu.... Ku menjamu selera dgn rezki Allah untuk waktu malam.... seperti biasa akan ku makan paling koman 1 pinggan setengah.. Namun, hari ni... lebih sedikit dari tu... bukan aku tidak menyukai lauk-pauk itu atau rezki Allah.. cuma ada perkara lain yang berlengar di fikiran ku...

 Jam 11 malam... selalunya akan didengari bunyi yang menyenangkan hati, mengembirakan hati, dan melenakan tidur ku... Walaupun hanya untuk 5 saat... Hari ini tidak, ia berbeza.. dan benar-benar ku merasakan perbezaannya... ketiadaanya, membuatkan hati ni... resah.. takut.. Aku hanya mampu berdoa.. dgn Izin Allah semuanya akan baik.. Waktu tidur ku, mula menghampiri... Sebelum off laptop, ku mengingatkan diri ku,"Ingat sebelum tidur engkau ada perkara untuk dilakukan"... dan aku terus memikirkan mengenai si dia... "Ya Allah, perdengarkanlah permintaan ku, ingatkanlah dia akan perkara2 sebelum tidurnya.. ingatkanlah dia akan doa-doanya..." ....Terus ku lelapkan mata... walaupun ia tidak mampu, kerana hilangnya suatu yang tidak asing bagi hati ini dan akal ini... biarpun ditangis... dgn Izin Allah, akan terlena jua pada suatu saat... dan bermimpi akannya...

 Continue.... The Second Day .... Bersambung

read more "2 Hari Ujian Kesabaran 1st Day "

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...