IKUTILAH...
"Ibu... kenapa kadang-kadang orang menangis, dia diam sahaja, ibu?", kata si anak kecil, perempuan 6 tahun.
"Ohh, ermm... mungkin dia tiada kekuataan untuk menerima apa yang telah berlaku kat dia.", kata Ibu.
"Tapi Ibu, kenapa pula dia nangis?", kata anak.
"Kenapa dia nangis? Hmm.. Kenapa kadang-kadang anak Ibu nangis?", kata Ibu.
"Sebab Ibu tak ada dekat sebelah. Lagi... sebab... Ibu tak bagi mia makan sendiri", kata anak dengan muka yang masam dan sayu.
"Ha'ah.. mungkin orang itu pun rasa macam itu. Kadang mereka nangis, sebab mereka hilang sesuatu yang penting dalam diri mereka atau hidup mereka.", kata Ibu.
"Tapi Ibu, bukan ke ayah cakap tak elok menangis. Tapi tapi kn... kawan mia cakap, lagi baik kalau nangis", kata si anak dengan muka yang tertanya-tanya.
"Ayah cakap macam itu ke? Nak kena ayah kamu ni..(ketawa). Ayah cakap macam itu sebab, dia tak nak lihat mia menangis.", kata Ibu dengan tersenyum-senyum.
"Sebab ayah tak nak lihat menanigs? bukan ke masa kecik, mia kn selalu nangis.. hehe", kata si anak.
"Anak Ibu ni, pandai bertanya ya. Betul, masa kecik mia selalu nangis. Nakal. Tapi sekarang mia dah besar. Bagi ayah, bila mia dah besar, ayah takut mia nangis. Sebab dia tak nak lihat mia sedih dan 'terluka'. Faham tak anak Ibu?", kata Ibu dengan pasti.
"OK IBU! Mia faham.. Ibu... Ibu... Ada orang cakap, nangis ni baik.. Kenapa?", tanya si anak.


"Tangisan kerana Allah? Ok Ibu.. Mia akan cuba ingat. Ibu kenalah juga ingatkan mia ya.. ya.. ya.. Ibu...", kata si anak.
"Mia... Ibu sayangkan mia.. Ibu sayangkan keluarga kita.. Mia sayang tak Ibu dan ayah?", tanya Ibu.
"Mia.. Cayang Ibu dan Ayah.. eheh.. (peluk Ibu)", kata si anak dengan senyuman yang ikhlas.
"Ibu tahu... Mia.. Ibu tahu... Ayah sayangkan mia juga. (mengalir air mata Ibu)," kata Ibu.
"Ibu.. Janganlah nangis. Nanti ayah marah.. dan nanti Mia pun nangis...(peluk Ibu dengan erat)," kata si anak.
"Eh.. tertidur pula Mia ni... Anak Ibu ni.. (Usap dahi si anak) Jadi anak yang SOLEHA ya Mia..", kata Ibu...
<created by Mohammad Firdaus>
KONKLUSI::.
Setiap tangisan, setiap titisan air mata kita.. mempunyai kisah yang tersendiri. Setiap memori adalah bermakna bagi kita.. dan memori itu mengalir bersama-sama dengan tangisan kita. Barangkali, kita menangis kerana 'bermimpi ngeri' atau ketakutan. Ya, memang ada. Dan lebih sebahagian hidup kita, kita menangis bukanlah kerana itu, tetapi dengan perasaan yang kita sendiri rasa.
SAYANG. RINDU. RESAH. RISAU. CINTA. INGINKAN SESUATU.
TAKUT HILANG SESUATU YANG PENTING.
.:MUNGKIN:.
.:MUNGKIN:.
.:MUNGKIN:.
Tangisan kadangkala membawa seribu makna.. Membawa ketenangan dalam hati kita. Dengan menangis, kita dapat melepaskan segala kesusahan hidup. Apa-apa sahaja. Dan Jika dibenarkan. Menangislah dalam SOLAT dan ketika kalian berdoa kepada ALLAH.
Sekian.
TERUSKAN MENANGIS
TANGISLAH KERANA SESUATU YANG BERMAKNA
interesting entry :)
ReplyDeletebetul tangisan ada mcm2 makna kan :)
Alhamdulillah.. setiap kejadian, setiap perlakuan, setiap gerak kerja yang dilakukan ada maknanya yang tersendiri atas 'keizinan' Allah. Sama jugalah seperti setiap tangisan dan titisan air mata. :D
ReplyDelete