free counters

Showing posts with label Aqidah. Show all posts
Showing posts with label Aqidah. Show all posts

Saturday, March 31, 2012

WARNING ABOUT APRIL FOOL BASED ON ISLAM



Assalammualaikum and peace be upon on all visitor and readers. Alhamdulillah and 'syukran' to those who still reading and visiting my blog that not so 'cool' or 'awesome' or full of information. Alhamdulillah, hari ini admin akan membincangkan mengenai suatu "SAMBUTAN" yang berkait rapat dengan bulan April. Apa dia? Sambutan April Fool yang diraikan oleh sebilangan bangsa atau etnik yang ada setiap pelusuk dunia. Ada yang meraikannya, ada yang juga tidak meraikannya.
  Dan kita sebagai umat Islam atau yang berpegang teguh dengan ajaran Allah s.w.t haruslah tahu mengenai SAMBUTAN APRIL FOOL ini. Baiklah, kita tahu bahawa APRIL FOOL adalah suatu 'jenaka' atau 'mengenakan' seseorang dengan melakukan sesuatu perkara. Admin bagi contohlah,

Pelajar A : Pelajar B tali kasut kamu terhurailah. Cuba lihat kasut kamu itu.
Pelajar B : Ya ke? Sekejap ya. (pelajar B melihat kasutnya)
Pelajar A : April Fool!!! Haha (gelak)


 Jadi kalian nampak bagaimana APRIL FOOL ini sebenarnya? Tadi adalah contoh yang paling mudah. Pelajar A mengatakan bahawa kasut Pelajar B terhurai sedangkan talinya masih lagi dalam keadaan baik. Admin bagitahu kalian awal-awal. Mungkin sesetengah orang boleh menerima lawak or jenaka macam ini, tapi bukan semua orang boleh menerimanya. Mungkin dalam kita buat perkara itu, kita mungkin sakitkan hati seseorang or lukakan hatinya atau membuatkan 'mood' dia rosak.

 Alhamdulillah, hari ini admin diberikan kesempatan dalam membincangkan perkara mengenai HUKUM menyambut APRIL FOOL terumatanya pada bulan 4 ini.... Selamat Membaca !!

**HUKUM MENYAMBUT APRIL FOOL DAN MENGENAI APRIL FOOL**

Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Jadi konklusinya bagi pembuka kata, Menipu itu bukan suatu yang baik, sesuatu yang layak mahupun sesuatu yang patut diamalkan dalam kehidupan seorang manusia yang mempunyai akhlak yang baik, yang mencari keredhaan Allah dan mempunyai akal fikiran yang mampu memikirkan yang baik ataupun yang buruk. Faham ya? Kita teruskan...


Hal ini kerana Rasulullah SAW bersabda : 
Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. 
[HR al-Bukhari dan Muslim]

  Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia.
Baginda SAW bersabda: 

Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” 

[HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah SAW juga bersabda: 

Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. 


[HR Ahmad dan At-Thabrani]. 

Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. 

Rasulullah SAW bersabda: 

Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” 

[HR Abu Daud]
Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang dalam apa bentuk pun. Sambutan April Fool adalah dilarang kerana 4 sebab :

1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.



Sheikh Atiyyah Saqr pula menyatakan :
Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.


Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan darurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “darurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Darurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.
Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. 
Rasulullah SAW bersabda: 
Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” 
[HR al-Bukhari dan Muslim]

Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz diatas hadis itu,
 “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi iaitu ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” 
Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan.



Sheikh Shalih Fauzan menyatakan :
Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari April Fool, mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”

Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.

Alhamdulillah, sampai disini sahajalah kita berkongsi ilmu dan pandangan mengenai April Fool yang disambut sebahagian bangsa dan etnik didunia. Namun, kita (termasuklah admin sendiri) seharusnya mengelakkan daripada 'terjebak' , 'ter-join' dan 'mengenakan' kawan-kawan ataupun saudara-mara kita sendiri mahupun dari kaum kerabat kita sendiri atau saudara Islam itu sendiri.

P/S : Admin agak busy dalam 3-4 bulan ini kerana baru sahaja lepas dapat result SPM dan masih lagi mencari 'Universiti' dan masih lagi mengisi pelbagai borang pemohonan yang ada. Jadi sebarang kesulitan harap dimaafkan dan diampunkan. Selamat Beramal.

HONESTY IS THE BEST POLICY OF "LIFE"

BEING A LIER MAKE OUR LIFE MISERABLE 


read more "WARNING ABOUT APRIL FOOL BASED ON ISLAM"

Thursday, February 9, 2012

Jauhi Kesombongan, Bahagia Akhirat

Peace be upon on all of visitor. Assalammualaikum. Alhamdulillah, hari ini kita akan membincangkan mengenai suatu hadis mengenai satu sifat mulia iaitu Merendah Diri. Topik ini agak penting... Jadi selamat menelaah atau membaca,bahasa mudah... 


Hmmm.. Dapat apa-apa iktibar atau pengajaran daripada gambar atau 'Memo' diatas?

Rasulullah s.a.w bersabda bahawa,

"Allah S.W.T berfirman, Kemulian adalah sarung-Ku dan Kesombongan adalah selendang-Ku, sesiapa yang mencabut daripada-Ku salah satu daripada kedua-duanya, nescaya Aku akan menyeksanya"

(HR Muslim.)

  Baiklah, berdasarkan hadis riwayat (HR) Muslim diatas menerangkan bahawa Kemulian dan Kesombongan adalah hak milik kekal Allah s.w.t. Sebagai contoh, apabila kita bercakap mengenai hak seseorang,

  "Wei! Ini beg sekolah aku la! Asal engko nak ambil!", kata pelajar A.

  "Ohh, beg ko ya? Aku bukan nak ambilla.. nak tengok-tengok jer", kata pelajar B

<contohnya>

  Jadi bila sesuatu perkara itu adalah hak milik seseorang, samada kekal atau sementara, kita tidak boleh ambil... Jika bersandarkan dialog diatas, jika kita masih lagi mahu ambil beg tersebut, maka mungkin akan berlaku pergaduhan atau pertenglikahan antara 2 individu. Boleh faham ya... Kita teruskan lagi dengan lebih mendalam.

  Dalam satu lagi hadis riwayat Muslim menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

"Tidak akan masuk seseorang itu ke dalam syurga sekiranya di dalam hatinya mempunyai kesombongan sebesar biji sawi"

(HR. Muslim)

  Sekarang kita sudah ada mempunyai 2 hadis (ada banyak lagi hadis berkaitan), jadi kukuhlah alasan atau sebab kenapa kita perlu menjauhi sifat sombong.Kuat atau lemah iman seseorang dapat diukur dan diketahui daripada perilakunya. Iman yang kuat melahirkan akhlak yang mulia dan sebaliknya iman yang lemah akan menampakkan akhlak yang buruk dan mudah terjerumus ke dalam perbuatan keji serta merugikan.

  Dalam erti kata lain, Islam mengajar kita supaya merendah diri, lemah lembut, mudah didekati dan sentiasa bermanis muka. Sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah bermaksud, 

"Jangan kamu berasa malu dengan berbuat kebaikan yang sedikit, sekalipun engkau menemui saudaramu dengan muka yang manis berseri." 

(HR Abu Zar al-Ghifari).


  Seterusnya dalam ayat yang sama, Allah menegur manusia agar tidak berlagak takbur sewaktu berjalan kerana Allah amat benci kepada orang yang sombong dan takbur. Seperti firman-Nya yang bermaksud,

"Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong kerana sekali-kali kamu tidak dapat menembusi bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggigunung." 

(Al-Israk: 17:37).

  Apabila gaya bercakap dan berjalan seseorang boleh menampakkan sifat dan sikap takbur yang dilarang, maka dalam ayat berikutnya Allah memerintahkan supaya sederhana sewaktu berjalan dan rendahkanlah suara sewaktu bercakap. Sebagaimana firman-Nya bermaksud, 

"Sederhanakanlah kamu dalam berjalan dan rendahkanlah suara sewaktu bercakap."



Sederhana dalam berjalan bererti tidak terlalu lambat bagaikan orang lemah longlai dan tidak bertenaga serta tidak pula terlalu cepat berlari-lari atau melompat-lompat. Ada disebutkan bahawa Rasulullah bersabda maksudnya, 

"Berjalan dengan cepat dan tergesa-gesa menghilangkan kehebatan orang mukmin." 


Malah, sebaliknya Saidina Umar al-Khattab pernah menegur seorang lelaki yang kelihatan berjalan terliuk-liuk dan menundukkan kepalanya. Kata Umar, 

"Angkatlah kepalamu, sesungguhnya Islam bukanlah orang sakit."



  Antara sifat mulia yang dianjurkan oleh Islam adalah rendahkan suara sewaktu berkata-kata kerana suara yang kuat tanpa keperluan, boleh menyakitkan pendengaran orang lain dan kadang-kadang menunjukkan kebanggaan diri serta tidak mempedulikan orang lain. Sebaliknya suara yang rendah dan sederhana melambangkan ketenangan, lemah lembut dan senangdifahami.

  Allah membandingkan suara yang kuat dan tinggi tadi bagaikan suara keldai. Suara keldai sangat dibenci-Nya kerana terlalu kuat pekikan dan teriakannya. Dan sekali gus ayat ini menjadi dalil bahawa meninggikan suara tanpa sesuatu keperluan itu sangat dikeji oleh agama. Dalam sebuah hadis disebutkan bahawa Rasulullah bersabda maksudnya, 

"Apabila kamu mendengar kokokan ayam, maka mintalah rahmat daripada Allah dan apabila kamu mendengar pekikan keldai, maka mintalah berlindung dengan Allah daripada syaitan kerana sesungguhnya ia nampak syaitan."


sumber gambar: iluvsilam.com


  Ringkasnya, Islam melarang umatnya daripada bersifat takbur. Takbur adalah tingkah laku batin yang melahirkan peri laku lahir pada diri seseorang. Ia berpunca daripada berperasaan dirinya lebih baik daripada orang lain seperti firman Allah yang bermaksud, 

"Dan mereka berkata: "Apakah (patut) kita percaya kepada dua manusia seperti kita, pada hal kaum mereka adalah orang yang menghambakan diri kepada kita?"  

Surah al- Mukminun ayat 47.



  Balasan bagi orang yang takbur adalah neraka. Firman Allah bermaksud, 

"Maka masuklah pintu neraka jahanam, kamu kekal di dalamnya. Maka amat buruklah tempat orang yang menyombongkan diri itu." 

(Al-Nahl: 16: 29).



Sabda Rasulullah pula bermaksud, 

"Tidak masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya seberat biji sawi perasaan takbur." Seorang sahabat kemudian bertanya: "Bagaimana jika seseorang itu suka pakaiannya cantik dan kasutnya cantik? Takbur itu menolak kebenaran dan memandang rendah sesama manusia?" 

(HR. Muslim).



  Sebaliknya, Islam menganjurkan sifat tawaduk yang bermaksud melahirkan perasaan rendah diri serta kasih mesra terhadap sesama manusia. Melalui ayat di atas, menunjukkan tawaduk dalam dua aspek iaitu tawaduk terhadap Allah ketika berjalan dan tawaduk terhadap sesama manusia ketika bercakap.

  Tawaduk adalah sifat hamba Allah yang mendapat kemuliaan. Firman Allah bermaksud,

"Dan hamba-hamba Allah yang bersifat al-Rahman ialah mereka yang berjalan di muka bumi dengan rendah hati." 

(Al-Furqan 25:63)

  Sebagai balasan orang yang tawaduk, Rasulullah bersabda maksudnya, 

"Tidak akan kurang harta dengan sebab sedekah, orang yang suka memberi kemaafan, Allah akan menambahkan kemuliaannya dan orang yang merendah diri kerana Allah akan diangkat darjatnya oleh Allah." 

(Riwayat Muslim).



  Sesungguhnya sombong dan bermegah-megah adalah dua penyakit yang sangat berbahaya bagi sesebuah masyarakat kerana kesombongan akan membuahkan pergaduhan dan perpecahan manakala bermegah-megah akan menghilangkan kemesraan. Selagi masih wujud kedua-dua sifat itu, maka masyarakat yang aman bahagia tidak mungkin terbina. Persaudaraan yang sejati susah dilaksanakan.

Oleh itu, Islam meletakkan asas kasih sayang dan hormat menghormati yang dilahirkan oleh sifat tawaduk sebagai faktor utama dalam membentuk sebuah masyarakat yang aman dan damai, kukuh dan kuat, selamat dan sejahtera.
  


JAUHILAH KESOMBONGAN
SENTIASA TAWADUK

SELAMAT BERAMAL




read more "Jauhi Kesombongan, Bahagia Akhirat"

Wednesday, June 8, 2011

KEIKHLASAN (SINCERITY)



عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى . فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ  وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattob r.a , dia berkata: 

Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.

 Begitulah, apa yang dinyatakan dalam hadis diatas akan KEIKHLASAN. Keikhalasan merupakan satu 'perkara' yang penting dalam setiap hidup manusia. Tiada siapa yang terkecuali. Malah setiap agama juga ada menyatakan sesuatu mengenai keikhlasan kepada penganut mereka sendiri. Ikhlas yakni melakukan sesuatu perkara atau pekerjaan atau gerak kerja tanpa memikirkan balasannya, ganjarannya mahupun habuan bagi apa yang dilakukan atau dilaksanakan oleh individu tertentu. Keikhlasan ini kadangkala tidak dapat dilihat melalui mata kasar kita sendiri, kerana ia bersifat sembunyi kerana sebaik-baik keihlasan yang dia lakukan adalah kerana Allah dan hanya Allah sahajalah yang mengetahui apa yang ada di dalam setiap kerjanya.



وَمَا أُمِرُوا إِلا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ
 (Surah Al-Bayyinah, ayat 5)

Firman Allah yang bermaksud:  

“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan (mengikhlaskan) ketaatan kepada-Nya dalam menjalankan agama yang lurus. Dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan yang demikian itulah agama yang lurus.” (Al-Bayyinah, ayat 5). 

Demikianlah apa yang dinyatakan oleh ALLAH S.W.T sendiri dalam Al-Quran, iaitu dalam surah Al-Bayyinah ayat ke-5. Jika kita perlihatkan atau mendengar mengenai keikhlasan, bunyinya memang benar mudah dilakukan serta dilaksanakan. Namun begitu, ia SUKAR dicapai atau laksanakan dengan IKHLAS. Percaya atau tidak kita semua benar-benar merasainya akan tetapi hanya sedar atau tidak itu sahaja. Bagi mereka yang sedar akannya, alhamdulillah. Baiklah. Apa yang sukar mengenai melaksanakan sesuatu perkara dengan ikhlas ialah NAFSU itu sendiri. Dalam hati kita ni, sewaktu melaksanakan suatu perkara dengan ikhlas pada mulanya, suatu saat NAFSU ini akan menyebabkan suatu amalan atau pekerjaan kita ini berubah akan niat kita sendiri pada saat itu. Dan secara tidak langsung, ia menyebabkan amalan kita 'sia-sia' kerana apa yang kita lakukan adalah bukan kerana ALLAH tetapi mungkin kerana dunia itu sendiri.


 Dalam solat, mungkin Tok Ustaz atau Ustazah atau Tok Imam ke, mereka akan berkata:
 "Bagi menyempurnakan atau untuk ALLAH terima solat kita ini, kita perlulah benar-benar khushuk."

Dan ada juga yang menyataka bahawa, 
  "Bagi menyempurnakan suatu ibadah mahupun solat haruslah kita khushuk dalam melaksanakannya serta melakukannya DEMI ALLAH (ikhlas)."

 Disini ada berbeza pendapat. Yang mana perlu ada.. Sebenarnya, apa yang penting sekalipun dalam melakukan suatu ibadah atau amal jariah adalah KEIKHLASAN. Jika masak air panas atau Tea' O , bahan utama bagi menyediakan mestilah air panas itu sendiri barulah boleh jadi 'Tea O Panas'. Samalah seperti Ikhlas. Jika tiada keikhlasan dalam ibadah, ia seperti Tea O sejuk, dimana bukanlah minuman yang kita mahukan. 


 Konklusinya, Ikhlas ini adalah penting dan harus diberi keutamaan dalam setiap ibadah yang kita laksanakan mahupun ianya hanyalah amalan sunat atau kecil iaitu mengambil wudhuk itu sendiri... Kerana Ikhlas kita adalah Kerana ALLAH. Demi ALLAH, kita lakukannya tanpa mengenali erti penat atau letih mahupun 'bosan'. Saya akhiri topik saya dengan satu cerita benar mengenai 'Keikhlasan'.


-----------< STORY TIME >--------------


Mak dan ayah saya pesan, buat ape saje niat kita kenalah ikhlas, belajar, berkawan, bercinta, berkasih , bekerja dan apa-apa pun yang kita buat kita kena ikhlas. Bila kita ikhlas, kita tak mengharapkan balasan, kalau dapat balasan itu, alhamdulillah rezeki, kalau sebaliknya hati pun tidak kecewa hampa...Sebenarnya saya nak cakap pasal keikhlasan bekerja. Saya tidak suka bila kita "willing" mahu ambil pekerjaan itu , hendak bertanggungjawab keatas tugasan itu, tapi kita sentiasa merungut tentang kerja yang sudah di beri. Kadang-kadang bosan hendak dengar rungutan macam ini....Betullah tu memanglah telah di janjikan pulangan yang inshaAllah lumayan, tetapi boleh ke tidak buat kerja itu tanpa asyik mempersoalkan bila boleh dpt pulangannya. Manusia ini memang cepat berubah. Saya ingin cerita ini mengenai keadaan dekat 'office' saya ini, penat dan sudah melebihi tahan bosan yang melampau dah ni, bila 'everyday' dengar rungutan yang sama. Lagipun 'actually' kerja tu tidaklah membebankan. Janganlah asyik nak merungut saja, saya yang ambil sebahagian kerja tu pun boleh "study +assignment" lagi. Bukan hendak berlagak, tetapi kita sendiri kenalah pandai uruskan masa dan kerja kita. Ikhlaslah wahai teman dan sahabat, sebab kalau pulangan ganjaran yang dijanjikan tidak sama dengan apa yang diminta dan dibincangkan tidaklah hampa sangat perasaan tu......




--------< STORY END >-------- 


read more "KEIKHLASAN (SINCERITY)"

Saturday, April 2, 2011

Hukum April Fool

Presiden Persatuan Ulama Dunia, Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyebut:

Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah SAW juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani].
Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah SAW bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]

Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang dalam apa bentuk pun. Sambutan April Fool adalah dilarang kerana 4 sebab :

1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.


3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.

4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.

Sheikh Atiyyah Saqr pula menyatakan :

Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.

Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan darurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “darurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Darurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.

Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].

Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi iaitu ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan.

Sheikh Shalih Fauzan menyatakan :

Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari April Fool, mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”

Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur

read more "Hukum April Fool "

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...