free counters

Thursday, February 9, 2012

Jauhi Kesombongan, Bahagia Akhirat

Peace be upon on all of visitor. Assalammualaikum. Alhamdulillah, hari ini kita akan membincangkan mengenai suatu hadis mengenai satu sifat mulia iaitu Merendah Diri. Topik ini agak penting... Jadi selamat menelaah atau membaca,bahasa mudah... 


Hmmm.. Dapat apa-apa iktibar atau pengajaran daripada gambar atau 'Memo' diatas?

Rasulullah s.a.w bersabda bahawa,

"Allah S.W.T berfirman, Kemulian adalah sarung-Ku dan Kesombongan adalah selendang-Ku, sesiapa yang mencabut daripada-Ku salah satu daripada kedua-duanya, nescaya Aku akan menyeksanya"

(HR Muslim.)

  Baiklah, berdasarkan hadis riwayat (HR) Muslim diatas menerangkan bahawa Kemulian dan Kesombongan adalah hak milik kekal Allah s.w.t. Sebagai contoh, apabila kita bercakap mengenai hak seseorang,

  "Wei! Ini beg sekolah aku la! Asal engko nak ambil!", kata pelajar A.

  "Ohh, beg ko ya? Aku bukan nak ambilla.. nak tengok-tengok jer", kata pelajar B

<contohnya>

  Jadi bila sesuatu perkara itu adalah hak milik seseorang, samada kekal atau sementara, kita tidak boleh ambil... Jika bersandarkan dialog diatas, jika kita masih lagi mahu ambil beg tersebut, maka mungkin akan berlaku pergaduhan atau pertenglikahan antara 2 individu. Boleh faham ya... Kita teruskan lagi dengan lebih mendalam.

  Dalam satu lagi hadis riwayat Muslim menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

"Tidak akan masuk seseorang itu ke dalam syurga sekiranya di dalam hatinya mempunyai kesombongan sebesar biji sawi"

(HR. Muslim)

  Sekarang kita sudah ada mempunyai 2 hadis (ada banyak lagi hadis berkaitan), jadi kukuhlah alasan atau sebab kenapa kita perlu menjauhi sifat sombong.Kuat atau lemah iman seseorang dapat diukur dan diketahui daripada perilakunya. Iman yang kuat melahirkan akhlak yang mulia dan sebaliknya iman yang lemah akan menampakkan akhlak yang buruk dan mudah terjerumus ke dalam perbuatan keji serta merugikan.

  Dalam erti kata lain, Islam mengajar kita supaya merendah diri, lemah lembut, mudah didekati dan sentiasa bermanis muka. Sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah bermaksud, 

"Jangan kamu berasa malu dengan berbuat kebaikan yang sedikit, sekalipun engkau menemui saudaramu dengan muka yang manis berseri." 

(HR Abu Zar al-Ghifari).


  Seterusnya dalam ayat yang sama, Allah menegur manusia agar tidak berlagak takbur sewaktu berjalan kerana Allah amat benci kepada orang yang sombong dan takbur. Seperti firman-Nya yang bermaksud,

"Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong kerana sekali-kali kamu tidak dapat menembusi bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggigunung." 

(Al-Israk: 17:37).

  Apabila gaya bercakap dan berjalan seseorang boleh menampakkan sifat dan sikap takbur yang dilarang, maka dalam ayat berikutnya Allah memerintahkan supaya sederhana sewaktu berjalan dan rendahkanlah suara sewaktu bercakap. Sebagaimana firman-Nya bermaksud, 

"Sederhanakanlah kamu dalam berjalan dan rendahkanlah suara sewaktu bercakap."



Sederhana dalam berjalan bererti tidak terlalu lambat bagaikan orang lemah longlai dan tidak bertenaga serta tidak pula terlalu cepat berlari-lari atau melompat-lompat. Ada disebutkan bahawa Rasulullah bersabda maksudnya, 

"Berjalan dengan cepat dan tergesa-gesa menghilangkan kehebatan orang mukmin." 


Malah, sebaliknya Saidina Umar al-Khattab pernah menegur seorang lelaki yang kelihatan berjalan terliuk-liuk dan menundukkan kepalanya. Kata Umar, 

"Angkatlah kepalamu, sesungguhnya Islam bukanlah orang sakit."



  Antara sifat mulia yang dianjurkan oleh Islam adalah rendahkan suara sewaktu berkata-kata kerana suara yang kuat tanpa keperluan, boleh menyakitkan pendengaran orang lain dan kadang-kadang menunjukkan kebanggaan diri serta tidak mempedulikan orang lain. Sebaliknya suara yang rendah dan sederhana melambangkan ketenangan, lemah lembut dan senangdifahami.

  Allah membandingkan suara yang kuat dan tinggi tadi bagaikan suara keldai. Suara keldai sangat dibenci-Nya kerana terlalu kuat pekikan dan teriakannya. Dan sekali gus ayat ini menjadi dalil bahawa meninggikan suara tanpa sesuatu keperluan itu sangat dikeji oleh agama. Dalam sebuah hadis disebutkan bahawa Rasulullah bersabda maksudnya, 

"Apabila kamu mendengar kokokan ayam, maka mintalah rahmat daripada Allah dan apabila kamu mendengar pekikan keldai, maka mintalah berlindung dengan Allah daripada syaitan kerana sesungguhnya ia nampak syaitan."


sumber gambar: iluvsilam.com


  Ringkasnya, Islam melarang umatnya daripada bersifat takbur. Takbur adalah tingkah laku batin yang melahirkan peri laku lahir pada diri seseorang. Ia berpunca daripada berperasaan dirinya lebih baik daripada orang lain seperti firman Allah yang bermaksud, 

"Dan mereka berkata: "Apakah (patut) kita percaya kepada dua manusia seperti kita, pada hal kaum mereka adalah orang yang menghambakan diri kepada kita?"  

Surah al- Mukminun ayat 47.



  Balasan bagi orang yang takbur adalah neraka. Firman Allah bermaksud, 

"Maka masuklah pintu neraka jahanam, kamu kekal di dalamnya. Maka amat buruklah tempat orang yang menyombongkan diri itu." 

(Al-Nahl: 16: 29).



Sabda Rasulullah pula bermaksud, 

"Tidak masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya seberat biji sawi perasaan takbur." Seorang sahabat kemudian bertanya: "Bagaimana jika seseorang itu suka pakaiannya cantik dan kasutnya cantik? Takbur itu menolak kebenaran dan memandang rendah sesama manusia?" 

(HR. Muslim).



  Sebaliknya, Islam menganjurkan sifat tawaduk yang bermaksud melahirkan perasaan rendah diri serta kasih mesra terhadap sesama manusia. Melalui ayat di atas, menunjukkan tawaduk dalam dua aspek iaitu tawaduk terhadap Allah ketika berjalan dan tawaduk terhadap sesama manusia ketika bercakap.

  Tawaduk adalah sifat hamba Allah yang mendapat kemuliaan. Firman Allah bermaksud,

"Dan hamba-hamba Allah yang bersifat al-Rahman ialah mereka yang berjalan di muka bumi dengan rendah hati." 

(Al-Furqan 25:63)

  Sebagai balasan orang yang tawaduk, Rasulullah bersabda maksudnya, 

"Tidak akan kurang harta dengan sebab sedekah, orang yang suka memberi kemaafan, Allah akan menambahkan kemuliaannya dan orang yang merendah diri kerana Allah akan diangkat darjatnya oleh Allah." 

(Riwayat Muslim).



  Sesungguhnya sombong dan bermegah-megah adalah dua penyakit yang sangat berbahaya bagi sesebuah masyarakat kerana kesombongan akan membuahkan pergaduhan dan perpecahan manakala bermegah-megah akan menghilangkan kemesraan. Selagi masih wujud kedua-dua sifat itu, maka masyarakat yang aman bahagia tidak mungkin terbina. Persaudaraan yang sejati susah dilaksanakan.

Oleh itu, Islam meletakkan asas kasih sayang dan hormat menghormati yang dilahirkan oleh sifat tawaduk sebagai faktor utama dalam membentuk sebuah masyarakat yang aman dan damai, kukuh dan kuat, selamat dan sejahtera.
  


JAUHILAH KESOMBONGAN
SENTIASA TAWADUK

SELAMAT BERAMAL




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...