free counters

Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Thursday, February 9, 2012

Jauhi Kesombongan, Bahagia Akhirat

Peace be upon on all of visitor. Assalammualaikum. Alhamdulillah, hari ini kita akan membincangkan mengenai suatu hadis mengenai satu sifat mulia iaitu Merendah Diri. Topik ini agak penting... Jadi selamat menelaah atau membaca,bahasa mudah... 


Hmmm.. Dapat apa-apa iktibar atau pengajaran daripada gambar atau 'Memo' diatas?

Rasulullah s.a.w bersabda bahawa,

"Allah S.W.T berfirman, Kemulian adalah sarung-Ku dan Kesombongan adalah selendang-Ku, sesiapa yang mencabut daripada-Ku salah satu daripada kedua-duanya, nescaya Aku akan menyeksanya"

(HR Muslim.)

  Baiklah, berdasarkan hadis riwayat (HR) Muslim diatas menerangkan bahawa Kemulian dan Kesombongan adalah hak milik kekal Allah s.w.t. Sebagai contoh, apabila kita bercakap mengenai hak seseorang,

  "Wei! Ini beg sekolah aku la! Asal engko nak ambil!", kata pelajar A.

  "Ohh, beg ko ya? Aku bukan nak ambilla.. nak tengok-tengok jer", kata pelajar B

<contohnya>

  Jadi bila sesuatu perkara itu adalah hak milik seseorang, samada kekal atau sementara, kita tidak boleh ambil... Jika bersandarkan dialog diatas, jika kita masih lagi mahu ambil beg tersebut, maka mungkin akan berlaku pergaduhan atau pertenglikahan antara 2 individu. Boleh faham ya... Kita teruskan lagi dengan lebih mendalam.

  Dalam satu lagi hadis riwayat Muslim menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

"Tidak akan masuk seseorang itu ke dalam syurga sekiranya di dalam hatinya mempunyai kesombongan sebesar biji sawi"

(HR. Muslim)

  Sekarang kita sudah ada mempunyai 2 hadis (ada banyak lagi hadis berkaitan), jadi kukuhlah alasan atau sebab kenapa kita perlu menjauhi sifat sombong.Kuat atau lemah iman seseorang dapat diukur dan diketahui daripada perilakunya. Iman yang kuat melahirkan akhlak yang mulia dan sebaliknya iman yang lemah akan menampakkan akhlak yang buruk dan mudah terjerumus ke dalam perbuatan keji serta merugikan.

  Dalam erti kata lain, Islam mengajar kita supaya merendah diri, lemah lembut, mudah didekati dan sentiasa bermanis muka. Sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah bermaksud, 

"Jangan kamu berasa malu dengan berbuat kebaikan yang sedikit, sekalipun engkau menemui saudaramu dengan muka yang manis berseri." 

(HR Abu Zar al-Ghifari).


  Seterusnya dalam ayat yang sama, Allah menegur manusia agar tidak berlagak takbur sewaktu berjalan kerana Allah amat benci kepada orang yang sombong dan takbur. Seperti firman-Nya yang bermaksud,

"Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong kerana sekali-kali kamu tidak dapat menembusi bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggigunung." 

(Al-Israk: 17:37).

  Apabila gaya bercakap dan berjalan seseorang boleh menampakkan sifat dan sikap takbur yang dilarang, maka dalam ayat berikutnya Allah memerintahkan supaya sederhana sewaktu berjalan dan rendahkanlah suara sewaktu bercakap. Sebagaimana firman-Nya bermaksud, 

"Sederhanakanlah kamu dalam berjalan dan rendahkanlah suara sewaktu bercakap."



Sederhana dalam berjalan bererti tidak terlalu lambat bagaikan orang lemah longlai dan tidak bertenaga serta tidak pula terlalu cepat berlari-lari atau melompat-lompat. Ada disebutkan bahawa Rasulullah bersabda maksudnya, 

"Berjalan dengan cepat dan tergesa-gesa menghilangkan kehebatan orang mukmin." 


Malah, sebaliknya Saidina Umar al-Khattab pernah menegur seorang lelaki yang kelihatan berjalan terliuk-liuk dan menundukkan kepalanya. Kata Umar, 

"Angkatlah kepalamu, sesungguhnya Islam bukanlah orang sakit."



  Antara sifat mulia yang dianjurkan oleh Islam adalah rendahkan suara sewaktu berkata-kata kerana suara yang kuat tanpa keperluan, boleh menyakitkan pendengaran orang lain dan kadang-kadang menunjukkan kebanggaan diri serta tidak mempedulikan orang lain. Sebaliknya suara yang rendah dan sederhana melambangkan ketenangan, lemah lembut dan senangdifahami.

  Allah membandingkan suara yang kuat dan tinggi tadi bagaikan suara keldai. Suara keldai sangat dibenci-Nya kerana terlalu kuat pekikan dan teriakannya. Dan sekali gus ayat ini menjadi dalil bahawa meninggikan suara tanpa sesuatu keperluan itu sangat dikeji oleh agama. Dalam sebuah hadis disebutkan bahawa Rasulullah bersabda maksudnya, 

"Apabila kamu mendengar kokokan ayam, maka mintalah rahmat daripada Allah dan apabila kamu mendengar pekikan keldai, maka mintalah berlindung dengan Allah daripada syaitan kerana sesungguhnya ia nampak syaitan."


sumber gambar: iluvsilam.com


  Ringkasnya, Islam melarang umatnya daripada bersifat takbur. Takbur adalah tingkah laku batin yang melahirkan peri laku lahir pada diri seseorang. Ia berpunca daripada berperasaan dirinya lebih baik daripada orang lain seperti firman Allah yang bermaksud, 

"Dan mereka berkata: "Apakah (patut) kita percaya kepada dua manusia seperti kita, pada hal kaum mereka adalah orang yang menghambakan diri kepada kita?"  

Surah al- Mukminun ayat 47.



  Balasan bagi orang yang takbur adalah neraka. Firman Allah bermaksud, 

"Maka masuklah pintu neraka jahanam, kamu kekal di dalamnya. Maka amat buruklah tempat orang yang menyombongkan diri itu." 

(Al-Nahl: 16: 29).



Sabda Rasulullah pula bermaksud, 

"Tidak masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya seberat biji sawi perasaan takbur." Seorang sahabat kemudian bertanya: "Bagaimana jika seseorang itu suka pakaiannya cantik dan kasutnya cantik? Takbur itu menolak kebenaran dan memandang rendah sesama manusia?" 

(HR. Muslim).



  Sebaliknya, Islam menganjurkan sifat tawaduk yang bermaksud melahirkan perasaan rendah diri serta kasih mesra terhadap sesama manusia. Melalui ayat di atas, menunjukkan tawaduk dalam dua aspek iaitu tawaduk terhadap Allah ketika berjalan dan tawaduk terhadap sesama manusia ketika bercakap.

  Tawaduk adalah sifat hamba Allah yang mendapat kemuliaan. Firman Allah bermaksud,

"Dan hamba-hamba Allah yang bersifat al-Rahman ialah mereka yang berjalan di muka bumi dengan rendah hati." 

(Al-Furqan 25:63)

  Sebagai balasan orang yang tawaduk, Rasulullah bersabda maksudnya, 

"Tidak akan kurang harta dengan sebab sedekah, orang yang suka memberi kemaafan, Allah akan menambahkan kemuliaannya dan orang yang merendah diri kerana Allah akan diangkat darjatnya oleh Allah." 

(Riwayat Muslim).



  Sesungguhnya sombong dan bermegah-megah adalah dua penyakit yang sangat berbahaya bagi sesebuah masyarakat kerana kesombongan akan membuahkan pergaduhan dan perpecahan manakala bermegah-megah akan menghilangkan kemesraan. Selagi masih wujud kedua-dua sifat itu, maka masyarakat yang aman bahagia tidak mungkin terbina. Persaudaraan yang sejati susah dilaksanakan.

Oleh itu, Islam meletakkan asas kasih sayang dan hormat menghormati yang dilahirkan oleh sifat tawaduk sebagai faktor utama dalam membentuk sebuah masyarakat yang aman dan damai, kukuh dan kuat, selamat dan sejahtera.
  


JAUHILAH KESOMBONGAN
SENTIASA TAWADUK

SELAMAT BERAMAL




read more "Jauhi Kesombongan, Bahagia Akhirat"

Wednesday, June 8, 2011

KEIKHLASAN (SINCERITY)



عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى . فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ  وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattob r.a , dia berkata: 

Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.

 Begitulah, apa yang dinyatakan dalam hadis diatas akan KEIKHLASAN. Keikhalasan merupakan satu 'perkara' yang penting dalam setiap hidup manusia. Tiada siapa yang terkecuali. Malah setiap agama juga ada menyatakan sesuatu mengenai keikhlasan kepada penganut mereka sendiri. Ikhlas yakni melakukan sesuatu perkara atau pekerjaan atau gerak kerja tanpa memikirkan balasannya, ganjarannya mahupun habuan bagi apa yang dilakukan atau dilaksanakan oleh individu tertentu. Keikhlasan ini kadangkala tidak dapat dilihat melalui mata kasar kita sendiri, kerana ia bersifat sembunyi kerana sebaik-baik keihlasan yang dia lakukan adalah kerana Allah dan hanya Allah sahajalah yang mengetahui apa yang ada di dalam setiap kerjanya.



وَمَا أُمِرُوا إِلا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ
 (Surah Al-Bayyinah, ayat 5)

Firman Allah yang bermaksud:  

“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan (mengikhlaskan) ketaatan kepada-Nya dalam menjalankan agama yang lurus. Dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan yang demikian itulah agama yang lurus.” (Al-Bayyinah, ayat 5). 

Demikianlah apa yang dinyatakan oleh ALLAH S.W.T sendiri dalam Al-Quran, iaitu dalam surah Al-Bayyinah ayat ke-5. Jika kita perlihatkan atau mendengar mengenai keikhlasan, bunyinya memang benar mudah dilakukan serta dilaksanakan. Namun begitu, ia SUKAR dicapai atau laksanakan dengan IKHLAS. Percaya atau tidak kita semua benar-benar merasainya akan tetapi hanya sedar atau tidak itu sahaja. Bagi mereka yang sedar akannya, alhamdulillah. Baiklah. Apa yang sukar mengenai melaksanakan sesuatu perkara dengan ikhlas ialah NAFSU itu sendiri. Dalam hati kita ni, sewaktu melaksanakan suatu perkara dengan ikhlas pada mulanya, suatu saat NAFSU ini akan menyebabkan suatu amalan atau pekerjaan kita ini berubah akan niat kita sendiri pada saat itu. Dan secara tidak langsung, ia menyebabkan amalan kita 'sia-sia' kerana apa yang kita lakukan adalah bukan kerana ALLAH tetapi mungkin kerana dunia itu sendiri.


 Dalam solat, mungkin Tok Ustaz atau Ustazah atau Tok Imam ke, mereka akan berkata:
 "Bagi menyempurnakan atau untuk ALLAH terima solat kita ini, kita perlulah benar-benar khushuk."

Dan ada juga yang menyataka bahawa, 
  "Bagi menyempurnakan suatu ibadah mahupun solat haruslah kita khushuk dalam melaksanakannya serta melakukannya DEMI ALLAH (ikhlas)."

 Disini ada berbeza pendapat. Yang mana perlu ada.. Sebenarnya, apa yang penting sekalipun dalam melakukan suatu ibadah atau amal jariah adalah KEIKHLASAN. Jika masak air panas atau Tea' O , bahan utama bagi menyediakan mestilah air panas itu sendiri barulah boleh jadi 'Tea O Panas'. Samalah seperti Ikhlas. Jika tiada keikhlasan dalam ibadah, ia seperti Tea O sejuk, dimana bukanlah minuman yang kita mahukan. 


 Konklusinya, Ikhlas ini adalah penting dan harus diberi keutamaan dalam setiap ibadah yang kita laksanakan mahupun ianya hanyalah amalan sunat atau kecil iaitu mengambil wudhuk itu sendiri... Kerana Ikhlas kita adalah Kerana ALLAH. Demi ALLAH, kita lakukannya tanpa mengenali erti penat atau letih mahupun 'bosan'. Saya akhiri topik saya dengan satu cerita benar mengenai 'Keikhlasan'.


-----------< STORY TIME >--------------


Mak dan ayah saya pesan, buat ape saje niat kita kenalah ikhlas, belajar, berkawan, bercinta, berkasih , bekerja dan apa-apa pun yang kita buat kita kena ikhlas. Bila kita ikhlas, kita tak mengharapkan balasan, kalau dapat balasan itu, alhamdulillah rezeki, kalau sebaliknya hati pun tidak kecewa hampa...Sebenarnya saya nak cakap pasal keikhlasan bekerja. Saya tidak suka bila kita "willing" mahu ambil pekerjaan itu , hendak bertanggungjawab keatas tugasan itu, tapi kita sentiasa merungut tentang kerja yang sudah di beri. Kadang-kadang bosan hendak dengar rungutan macam ini....Betullah tu memanglah telah di janjikan pulangan yang inshaAllah lumayan, tetapi boleh ke tidak buat kerja itu tanpa asyik mempersoalkan bila boleh dpt pulangannya. Manusia ini memang cepat berubah. Saya ingin cerita ini mengenai keadaan dekat 'office' saya ini, penat dan sudah melebihi tahan bosan yang melampau dah ni, bila 'everyday' dengar rungutan yang sama. Lagipun 'actually' kerja tu tidaklah membebankan. Janganlah asyik nak merungut saja, saya yang ambil sebahagian kerja tu pun boleh "study +assignment" lagi. Bukan hendak berlagak, tetapi kita sendiri kenalah pandai uruskan masa dan kerja kita. Ikhlaslah wahai teman dan sahabat, sebab kalau pulangan ganjaran yang dijanjikan tidak sama dengan apa yang diminta dan dibincangkan tidaklah hampa sangat perasaan tu......




--------< STORY END >-------- 


read more "KEIKHLASAN (SINCERITY)"

Saturday, June 4, 2011

..::Mengenai Breakdance::..

 Breakdance, breaking, b-boying atau b-girling adalah gaya tari jalanan yang berkembang sebagai sebahagian daripada gerakan hip hop di kalangan pemuda Afrika Amerika dan Puerto Rico di Manhattan dan South Bronx New York City pada awal 1970-an. Hal ini biasanya menari pop, funk atau muzik hip hop, sering remix untuk melanjutkan istirahat, dan merupakan hip hop terkenal gaya tarian. Breakdancing melibatkan Toprock (gerakan sambil berdiri), Downrock (gerakan di tanah), membeku (akrobatik jeda dalam gerakan) dan Memindahkan Power (besar, seringkali gerakan berat sering melibatkan putaran). Sebuah breakdancer, breaker, b-boy atau b-girl merujuk pada orang yang mengamalkan breakdance.

 Breakdancing mungkin telah bermula sebagai sebuah bangunan, produktif, dan budaya alternatif pemuda konstruktif dengan kekerasan gangs.Hari ini, jalan-jalan bandar atau urban , breakdance budaya merupakan disiplin yang luar biasa di suatu tempat antara penari dan atlet. Sejak penerimaan dan penglibatan pada kemahiran tarian, breakdance budaya sering bebas dari bangsa awam dan batas-batas jantina subkultur dan telah diterima di seluruh dunia.


 Breakdancing adalah penting dalam suatu seni tarian jalanan, kerana ia merupakan sebahagian daripada subkultur hip hop bandar. Tarian ini memerlukan jumlah yang tinggi kemahiran olahraga, dan merupakan fixture budaya tarian moden. Breakdancing juga tercatat sebagai salah satu yang terbesar "cross-over" unsur-unsur budaya urban untuk membuat tanda di industri yang berbeza, termasuk fashion atau trend dan hiburan.

 Breakdancing moden terdiri daripada empat jenis bergerak: Top Rock, Down Rock, membeku atau 'FREEZE' dan Moves Power. Top Rock bergerak yang bergerak gaya pengantar, dan preformed berdiri. Bergerak ini terutama terdiri dari beberapa gerakan langkah bergaya atau gerakan lengan dan umumnya preformed sebelum dan sesudah bergerak lebih kompleks. Down Rock, sebaliknya, dilakukan dengan tangan dan kaki di lantai, dan menampilkan kemampuan pemutus untuk menggerakkan kaki mereka sambil menjaga tubuh mereka di tanah. Memindahkan Power adalah bahagian paling ikon dari breakdance, dan terdiri dari gerakan akrobatik sangat atletis dan bergaya. Semuanya dari 'headstands' berputar ke suar lompat tinggi termasuk dalam kategori ini. Ini adalah elemen yang paling sukar breakdance, dan juga yang paling gaya. Membeku adalah bergaya pose yang biasanya mengikuti langkah kuasa atau menyimpulkan rutin.

 Walaupun beberapa orang percaya breakdance yang terhad pada adegan bandar di Amerika Syarikat, sebenarnya memiliki pengikut antarabangsa yang sangat besar, terutama di negara-negara Asia. kumpulan breakdance seperti Tokyo Rock Steady dan Korea Expression Crew adalah peralatan di breakdancing moden, dan melakukan untuk penonton captive di seluruh dunia.

 



  
read more "..::Mengenai Breakdance::.. "

Saturday, May 28, 2011

Holiday Week Malaysia!

 Assalamualaikum... Peace Be Upon On You, My dear Visitor. In my country.. Now (28/05/2011), 2 weeks holidays just begun... Now any 'extraordinary' event may occurs or take place whole place in Malaysia... For Malaysian people, now it the time for us to take a rest! and go for HOLIDAYS! Ok.. lets straight to the main point..

.: TITLE :.

HOLIDAY WEEK MALAYSIA::.

...NOW, the Holiday have arrive <based on Malaysia Calender> , for 2 weeks if I'm not wrong. Lets talk about what we or me gonna do during these holidays. Most of us, use them to 'earn' some money like part time job or full time jobs for just 14 days which is equal to 2 weeks. Some of our parents, have go to work to earn some hard earn money to keep our life 'balance'. And some of us, will go for a HOLIDAYS TRIPS!! Trip to somewhere that bring up word "FUN" or "RELAXATION" or "HAPPINESS WITHIN THE GARDEN OF ZEN".. haha.. Maybe...

 As I, student in secondary school. I had a lot of homework, assignment, and 'internet homework' at my school portals or 'web'. I know 'Education' is VERY IMPORTANT for a 'human' to develop to become more mature and gain HIGHER IQ than those generation before them. Although, there a lot of 'education' work to do, we have manage our HOLIDAYS with some FUN!! and RELAXATION!!. That's what meant by Holidays.

 If we manage to 'time' our job, our homework. There should be no problem to have some schedule for HOLIDAYS. Let me tell ya'all about, where we have to go when HOLIDAYS come..

!!WHERE IS THIS PLACE!!

 Now... see picture above? What it is? Where? Let me answer it.. BEACH!! or in Bahasa Melayu (Malaysia main language) PANTAI. It's look so CALM. WINDY. SOUND OF THE WAVE. This picture is taken at Pulau Perhentian which is an Island (Pulau). Beach.. and Beach. I LOVE IT! This is FUN AND RELAXATION place for all ages.. include baby and old people.. or folk..

 SPLASH water!! and 'surf' the wave.. and Start your LOVELY DAY with some 'breath-taking' views over the sea and some 'natural-decoration' around you. Take Your Time.. If ya cannot go.. Just Imagine it.. OK!



Ok.. that enough with the BEACH... how about this >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

YES! IT a RESORT! not a HOTEL.. A resort.. Does it complete your relaxation for your vacation? A resort like this maybe the best 'package'. But at the end... it depends on your own taste or 'appetite'. Sometimes, most of us thinks, HOTEL is more 'GREAT' and more 'LUXURY'. But to myself, in a VACATION for RELAXATION, those things is not important. Why? Do you know, what is meant by Relaxation? Well open up your dictionary. Those "LUXURY" and "RICHNESS" doesn't bring any relaxation. We need something that 'react' or 'communicate' with our body and our senses. FORGET YOUR WORK. ENJOY YOUR LIFE.



 And 1 MORE IMPORTANT THINGS that you all should keep it in your mind is SAFETY!
Yes! SAFETY! SAFETY! SAFETY! SAFETY! SAFETY!
...Make sure everything is 'safe' and 'secure'. And please DON'T DRIVE when you feel DIZZY or SLEEPY. Take a short nap or have some coffee.. That would work... Please... Please... Be Safe...


 THAT ALL FOR TODAY! AND FOR THIS POST!! 


FOR ALL MY FELLOW FRIENDS AND READERS
PLEASE BE SAFE AND BE CAREFUL

HAPPY HOLIDAYS AND ENJOY YOUR LIFE

<TO MALAYSIAN>

!LETS GO VACATION! 

read more "Holiday Week Malaysia!"

Saturday, May 21, 2011

TANGISAN MEMBAWA MAKNA

Assalammualaikum.. dan selamat sejahtera.. Tajuk post untuk kali ini adalah tangisan membawa seribu makna. Tangisan membawa seribu makna? Lain macam sahaja bunyinya.. Bagaimana tangisan itu membawa makna???

IKUTILAH...

 "Ibu... kenapa kadang-kadang orang menangis, dia diam sahaja, ibu?", kata si anak kecil, perempuan 6 tahun.

"Ohh, ermm... mungkin dia tiada kekuataan untuk menerima apa yang telah berlaku kat dia.", kata Ibu.

 "Tapi Ibu, kenapa pula dia nangis?", kata anak.

"Kenapa dia nangis? Hmm.. Kenapa kadang-kadang anak Ibu nangis?", kata Ibu.

 "Sebab Ibu tak ada dekat sebelah. Lagi... sebab... Ibu tak bagi mia makan sendiri", kata anak dengan muka yang masam dan sayu.

"Ha'ah.. mungkin orang itu pun rasa macam itu. Kadang mereka nangis, sebab mereka hilang sesuatu yang penting dalam diri mereka atau hidup mereka.", kata Ibu.

 "Tapi Ibu, bukan ke ayah cakap tak elok menangis. Tapi tapi kn... kawan mia cakap, lagi baik kalau nangis", kata si anak dengan muka yang tertanya-tanya.

"Ayah cakap macam itu ke? Nak kena ayah kamu ni..(ketawa). Ayah cakap macam itu sebab, dia tak nak lihat mia menangis.", kata Ibu dengan tersenyum-senyum.

 "Sebab ayah tak nak lihat menanigs? bukan ke masa kecik, mia kn selalu nangis.. hehe", kata si anak.

"Anak Ibu ni, pandai bertanya ya. Betul, masa kecik mia selalu nangis. Nakal. Tapi sekarang mia dah besar. Bagi ayah, bila mia dah besar, ayah takut mia nangis. Sebab dia tak nak lihat mia sedih dan 'terluka'. Faham tak anak Ibu?", kata Ibu dengan pasti.

 "OK IBU! Mia faham.. Ibu... Ibu... Ada orang cakap, nangis ni baik.. Kenapa?", tanya si anak.

"Mia.. dengar baik-baik ya...Bagi Ibu, menangis ni untuk luahkan perasaan kita. Contohnya, waktu masa kita sedih ataupun terlalu gembira, dengan menangis, kita akan berasa lega. Masa Ibu remaja, Ibu kadang-kadang nangis juga. Ibu teringatkan ayah mia. Masa tu kan, perasaan Ibu ni rasa tak tenang saja. Walaupun ayah mia, ada telefon Ibu.. dan berborak-borak, hati Ibu tetap rasa tak tenang. Jika ia tenang, hanya untuk seketika saja. Tetapi, ada satu malam ni, ayah mia telefon Ibu. Tanpa sebab, Ibu menangis.. Bila Ibu menangis, Ibu luahkan perasaan Ibu kat ayah mia, walaupun sudah beribu-ribu kali diucapkan. Tetapi, ayat-ayat itulah membuat Ibu hendak menangis. Sepanjang ayah mia telefon, Ibu menangis, dan Ibu dapat rasakan ketenangan.. Samalah juga bila kita menangis dalam solat. Lagi kita rasa ketenangan yang sebenar dari Allah. Jadi bagi Ibu, setiap tangisan itu membawa makna.. Sama ada kita gembira, sedih, atau memerlukan bahu untuk menangis. Dan Mia.. ingat.. tangisan kerana Allah adalah lebih bermakna.. daripada kehidupan ini...". kata Ibu dengan penjelasannya.

 "Tangisan kerana Allah? Ok Ibu.. Mia akan cuba ingat. Ibu kenalah juga ingatkan mia ya.. ya.. ya.. Ibu...", kata si anak.

"Mia... Ibu sayangkan mia.. Ibu sayangkan keluarga kita.. Mia sayang tak Ibu dan ayah?", tanya Ibu.

 "Mia.. Cayang Ibu dan Ayah.. eheh.. (peluk Ibu)", kata si anak dengan senyuman yang ikhlas.

"Ibu tahu... Mia.. Ibu tahu... Ayah sayangkan mia juga. (mengalir air mata Ibu)," kata Ibu.

 "Ibu.. Janganlah nangis. Nanti ayah marah.. dan nanti Mia pun nangis...(peluk Ibu dengan erat)," kata si anak.

"Eh.. tertidur pula Mia ni... Anak Ibu ni.. (Usap dahi si anak) Jadi anak yang SOLEHA ya Mia..", kata Ibu...


<created by Mohammad Firdaus>

KONKLUSI::.

 Setiap tangisan, setiap titisan air mata kita.. mempunyai kisah yang tersendiri. Setiap memori adalah bermakna bagi kita.. dan memori itu mengalir bersama-sama dengan tangisan kita. Barangkali, kita menangis kerana 'bermimpi ngeri' atau ketakutan. Ya, memang ada. Dan lebih sebahagian hidup kita, kita menangis bukanlah kerana itu, tetapi dengan perasaan yang kita sendiri rasa. 

SAYANG. RINDU. RESAH. RISAU. CINTA. INGINKAN SESUATU. 
TAKUT HILANG SESUATU YANG PENTING. 
 .:MUNGKIN:. 
.:MUNGKIN:.
.:MUNGKIN:.

Tangisan kadangkala membawa seribu makna.. Membawa ketenangan dalam hati kita. Dengan menangis, kita dapat melepaskan segala kesusahan hidup. Apa-apa sahaja. Dan Jika dibenarkan. Menangislah dalam SOLAT dan ketika kalian berdoa kepada ALLAH.

Sekian.  

TERUSKAN MENANGIS
TANGISLAH KERANA SESUATU YANG BERMAKNA 

read more "TANGISAN MEMBAWA MAKNA"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...