free counters

Saturday, March 31, 2012

WARNING ABOUT APRIL FOOL BASED ON ISLAM



Assalammualaikum and peace be upon on all visitor and readers. Alhamdulillah and 'syukran' to those who still reading and visiting my blog that not so 'cool' or 'awesome' or full of information. Alhamdulillah, hari ini admin akan membincangkan mengenai suatu "SAMBUTAN" yang berkait rapat dengan bulan April. Apa dia? Sambutan April Fool yang diraikan oleh sebilangan bangsa atau etnik yang ada setiap pelusuk dunia. Ada yang meraikannya, ada yang juga tidak meraikannya.
  Dan kita sebagai umat Islam atau yang berpegang teguh dengan ajaran Allah s.w.t haruslah tahu mengenai SAMBUTAN APRIL FOOL ini. Baiklah, kita tahu bahawa APRIL FOOL adalah suatu 'jenaka' atau 'mengenakan' seseorang dengan melakukan sesuatu perkara. Admin bagi contohlah,

Pelajar A : Pelajar B tali kasut kamu terhurailah. Cuba lihat kasut kamu itu.
Pelajar B : Ya ke? Sekejap ya. (pelajar B melihat kasutnya)
Pelajar A : April Fool!!! Haha (gelak)


 Jadi kalian nampak bagaimana APRIL FOOL ini sebenarnya? Tadi adalah contoh yang paling mudah. Pelajar A mengatakan bahawa kasut Pelajar B terhurai sedangkan talinya masih lagi dalam keadaan baik. Admin bagitahu kalian awal-awal. Mungkin sesetengah orang boleh menerima lawak or jenaka macam ini, tapi bukan semua orang boleh menerimanya. Mungkin dalam kita buat perkara itu, kita mungkin sakitkan hati seseorang or lukakan hatinya atau membuatkan 'mood' dia rosak.

 Alhamdulillah, hari ini admin diberikan kesempatan dalam membincangkan perkara mengenai HUKUM menyambut APRIL FOOL terumatanya pada bulan 4 ini.... Selamat Membaca !!

**HUKUM MENYAMBUT APRIL FOOL DAN MENGENAI APRIL FOOL**

Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Jadi konklusinya bagi pembuka kata, Menipu itu bukan suatu yang baik, sesuatu yang layak mahupun sesuatu yang patut diamalkan dalam kehidupan seorang manusia yang mempunyai akhlak yang baik, yang mencari keredhaan Allah dan mempunyai akal fikiran yang mampu memikirkan yang baik ataupun yang buruk. Faham ya? Kita teruskan...


Hal ini kerana Rasulullah SAW bersabda : 
Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. 
[HR al-Bukhari dan Muslim]

  Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia.
Baginda SAW bersabda: 

Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” 

[HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah SAW juga bersabda: 

Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. 


[HR Ahmad dan At-Thabrani]. 

Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. 

Rasulullah SAW bersabda: 

Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” 

[HR Abu Daud]
Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang dalam apa bentuk pun. Sambutan April Fool adalah dilarang kerana 4 sebab :

1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.



Sheikh Atiyyah Saqr pula menyatakan :
Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.


Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan darurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “darurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Darurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.
Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. 
Rasulullah SAW bersabda: 
Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” 
[HR al-Bukhari dan Muslim]

Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz diatas hadis itu,
 “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi iaitu ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” 
Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan.



Sheikh Shalih Fauzan menyatakan :
Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari April Fool, mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”

Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.

Alhamdulillah, sampai disini sahajalah kita berkongsi ilmu dan pandangan mengenai April Fool yang disambut sebahagian bangsa dan etnik didunia. Namun, kita (termasuklah admin sendiri) seharusnya mengelakkan daripada 'terjebak' , 'ter-join' dan 'mengenakan' kawan-kawan ataupun saudara-mara kita sendiri mahupun dari kaum kerabat kita sendiri atau saudara Islam itu sendiri.

P/S : Admin agak busy dalam 3-4 bulan ini kerana baru sahaja lepas dapat result SPM dan masih lagi mencari 'Universiti' dan masih lagi mengisi pelbagai borang pemohonan yang ada. Jadi sebarang kesulitan harap dimaafkan dan diampunkan. Selamat Beramal.

HONESTY IS THE BEST POLICY OF "LIFE"

BEING A LIER MAKE OUR LIFE MISERABLE 


2 comments:

  1. Maaf.. Saya Bukan Ustaz, dan.. Nie Admin.. XD
    Selagi mana yang mampu kita kongsikan bersama.. Sama-samalah kita buka untuk yang lain.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...