free counters

Tuesday, February 1, 2011

Define Love

~~ Cinta. Love.사랑. ~~

 Cinta itu suatu keindahan dalam kehidupan remaja. Mereka sanggup buat apa sahaja demi cinta untuk pasangan atau "couple" mereka. Sanggup luangkan masa yang ada demi cinta. Mereka kata,"apabila kita dapat bersama, saya dapat merasakan ketenangan dalam jiwa". Dan ada juga yang berkata,"Bila bersama dengan awak, saya rasa bebas. Saya rasakan segala masalah dan pengalaman duka yang saya lalui hilang begitu sahaja".

 Benar. Pada usia remaja kita akan berkata begitu. Pada waktu kita masih lagi 'couple' dengan dia, kita juga akan berkata-kata dengan ayat yang indah. Namun, bila kita 'break up' dengan dia, kita katakan cinta itu suatu seksaan. Bebanan. Kita juga akan katakan, cinta ini hanyalah dongeng semata-mata. Cinta Itu Buta...

 Cinta itu buta? Butakah cinta itu? Cinta itu memang buta. Cinta kerna nafsu, menjadikan cinta kita buta. Bisikan syaitan dalam hati kita, membuatkan kita kabur dengan kehidupan sebenar. Cinta kerana nafsu tidak akan membawa apa-apa kebaikan, walaupun kadang kalanya, kita merasakan ketenangan dan sebagainya.

 Dimana kita harus letakkan cinta itu? Di hati? Memang dah confirm betul!! Cinta itu diletakkan kepada Allah s.w.t. Cintai Allah, kerana melalui mencintai-Nya, kita tahu bahawa sebuta-buta cinta, ia mampu melihat cinta yang sebenar. Ia bagaikan benih. Allah .s.w.t sebagai akarnya, daun pertamanya pula sebagai Rasulullah s.a.w, daun seterusnya pula sebagai manusia biasa itu sendiri dan etc...

 Sesungguhnya Allah s.w.t menjadikan setiap dari kita sendiri pasangan masing-masing. Ia akan menentukan nya hanya masa.. Well, everyone have a taste for his/her lover right? Why? Your lover is not so 'great' or not as you dream of?? Kenapa kita perlu risau, sedangkan Allah tahu apa yang terbaik bagi hamba-hamba-Nya. Apa yang penting, apabila mencintai Allah, baru lah kita tahu, apa sebenarnya rasa cinta. Apabila kita di pertemukan dengan pasangan hidup, barulah kita tahu, bahawa dia juga mencintai Allah dan dia juga sebagai penyeri hidup kita (add-on). 

 Jika suami nya ada kelemahan, isteri nya akan menutup kelemahan itu. Jika isteri nya ada kelemahan, suami nya pula akan menutup kelemahan yang ada pada nya. Jadi, Allah tahu.. siapa yang 'sesuai' dengan kita. Tidak salah bercinta pada usia remaja.. Yang penting niat, dan bercinta bukan kerna nafsu. Ada juga seorang ustaz yang bercinta... pada usia remaja, anggaran umur first bercinta iaitu 16 tahun. Cinta first dia adalah cinta yang last baginya. Yalah, dia bercinta dengan sorang kaum hawa ni, dan pada usia 20 lebih, mereka berkahwin. kalau citer pasal kisah ustaz ni mmg panjang ... <end> <will be continued> 

BERHATI-HATI KETIKA BERCINTA
IA MUNGKIN DORONGAN NAFSU
REMEMBER THAT OUR TRUTH LOVE CAN ONLY BE FOUND AT ALLAH S.W.T



ALLAH WILL SHOW US OUR TRUE SPOUSE

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...