free counters

Friday, February 25, 2011

Daily Story >> Jihad >> Part 2

 Sebagaimana kita tahu, jihad ialah segala usaha dan segenep kekuatan yang dicurahkan untuk menegakkan hukum,perintah Allah dan menegakkan kebenaran Islam diatas bumi. Malahan juga membersihkan segala taghut yang menjadi penghalang kepada jalan dakwah islamiah.

 Jihad umum merangkumi semua jenis jihad iaitu jihad mali (harta), jihad tablighi (menyampaikan dakwah) dan jihad qital (peperangan), serta jihad siyasi (politik) dan ta'limi (pembelajaran). Kalau ditanya apa itu jihad, jawapan yang umum, yg selalu dijawab oleh masyarakat, "Jihad itu masa dalam perang je. So kalau nak buat jihad, kenalah masuk tentera.". Ada juga," Ooooh Jihad, well jihad ni macam usaha kita untuk sesuatu perkara macam jihad terhadap syaitan. Sebab apa? Sebab nak lawan godaan syaitan.." Hha, bukanlah keseluruhan yang jawab sebegitu rupa. Benar, keduaanya betul.. Cuma, bila kita jawab begitu, kita sebenarnya tidak memahami apa itu jihad. Jihad bukan sahaja dalam peperangan atau nak lawan godaan syaitan tapi dalam banyak perkara jihad digunakan.

Kalau di-ikut para ulama dan as-sunnah wal jamaah, Jihad itu lebih dikenali sebagai Jihad Fi Sabilillah iaitu berperang di jalan Allah S.W.T. Inilah jawapan yang sepatutnya kita gunakan. Iaitu Berperang dijalan Allah tanpa ragu-ragu. Yakinlah dengan apa yang kamu lakukan.

Dalam pelbagai takrifan dan penghuraian tentang jihad yang diberikan oleh para ulama, semuanya menjurus kepada satu matlamat iaitu menjadikan kehidupan manusia menyerah patuh kepada perintah-perintah Allah.

   Mudah-mudahan, dakwah Islamiah atau Ilmu yang kita ada pada hari ini dan pada hari berikutnya,
kita gunakan ia sebagaian daripada "isi" dalam menyampaikan dakwah kepada manusia..
SEDANGKAN KITA DIMUKA BUMI INI SEBAGAI KHALIFAH
SETIAP DIANTARA KAMU ADALAH PEMIMPIN..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...