free counters

Monday, April 25, 2011

Righteousness, Freedom (Keadilan dan Kebebasan)

 Apa itu kebebasan? What is freedom? 

Remaja: menyatakan bahawa maksud kebebasan adalah tidak dikongkong oleh keluarga, boleh buat hal sendiri tanpa diganggu atau dilarang oleh keluarga. 
Anak-anak : menyatakan bahawa kebebasan adalah dapat pergi kemana-mana tanpa sempadan (iklan tv).
Warga Tua: menyatakan bahawa kebebasan itu adalah suatu yang indah, yang di nanti-nantikan pada sesuatu saat atau detik.

  Jika dilihat dari sudut pandangan masyarakat, kebebasan membawa banyak makna kepada diri mereka sendiri. Apakah makna kebebasan bagi saudara kita di Palestine?? Dimanakah letaknya hak dan kebebasan mereka?? Bagaimana tanah suci (Palestine) akan terus wujud bersama umat Islam yang sekian lama menempat disitu sedangkan sentiasa ditindas oleh Zionis?? Dimanakah yang lain?? 

 Salah seorang daripada tokoh Islam pada abad moden iaitu 
Dr. Abdul Aziz Rantisi,ada menyatakan bahawa; 
 "Kebebasan bagi mereka adalah jihad mereka.Jihad umat Islam di bumi Palestine sentiasa berterusan dengan rembesan darah syuhadah sentiasa bersimbah pada kanvas perjuangan, bumi ini menjadi potret kekentalan semangat juang para syuhadah yang tidak mengenal ampun saat berhadapan dengan zionis Israel laknattuallah. Palestine akan sentiasa menjadi rebutan kerana didadanya adalah tanah suci, Baitul Maqdis." 

  Seperti mana yang dikatakan oleh Dr. Abdul Aziz, ia menerangkan semangat jihad di Palestine. Jihad mereka adalah kebebasan yang mereka mahukan, iaitu kepada Allah S.W.T.  Salahudin al-Ayubi menyatakan bahawa, "barangsiapa menguasai Palestine maka mereka akan menguasai dunia", maka bumi ini sentiasa menjadi saksi mata pertembungan di antara hak dan batil...

 Di Palestine, usaha membebaskan bumi suci ini sentiasa berterusan. Penentangan terhadap zionis akan berlanjutan tanpa menyerah kalah. Banyak bantuan kemanusiaan berjaya dilaksanakan.Namun kebanyakkan bantuan kemanusiaan melalui darat sentiasa dihalang oleh Kerajaan Mesir sendiri. Mereka enggan membuka pintu sempadan.Dimana pemimpin Islam Mesir? Antara usaha bantuan kemanusiaan yang dilaksana secara besar-besaran dari seluruh dunia iaitu kapal Marvi Marmara berjaya memasuki Ghazzah. Mereka yang terlibat datang dari setiap pelusok dunia, berbeza bangsa,berbeza agama. Dimanakah yang lain?? Dimanakah usaha membebaskan Palestine?? Dimanakah pemimpin Islam yang mentadbir negara?? Dimana tanggungjawab kita?? 

TUJUAN POST INI UNTUK MEMBERI KESEDARAN PADA KITA AKAN SAUDARA KITA DAN TANGGUNGJAWAB KITA TERHADAP MEREKA YANG MEMERLUKAN BANTUAN. INGATLAH, JIKA MELAKUAN AMAL DI MUKA BUMI DENGAN HATI YANG IKHLAS, ALLAH S.W.T MENJANJIKAN PAHALA YANG BERLIPAT GANDA.

WALAUPUN CERITA ATAU MAKLUMAT BERKAITAN DENGAN POST INI SUDAH LAMA BERLAKU, PERCAYA ATAU TIDAK, KEBANYAKKAN MASYARAKAT AKAN LUPA MENGENAINYA HARI DEMI HARI.

"DOA ADALAH SENJATA UTAMA UMAT ISLAM"
"ISLAM AKAN SENTIASA MENANG"
"ITULAH JANJI ALLAH S.W.T"

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...