free counters

Friday, May 6, 2011

WAHAI IBU !!!

 Assalamualaikum dan Peace be upon to all my vitisor. I appreciate to those who still reading my posting and to those who follow me from the day, I created this Blog. Yes.. Kepada mereka yang sentiasa beri sokongan kepada saya dan terutamanya si 'dia', walaupun agak merindu dia.

TOPIK>>

.::HARI IBU UNTUK SEMUA IBU::.

 Benar... Hari yang bertarikh 8 Mei tidak dipisahkan dengan satu peristiwa atau hari yang mengingatkan kita mengenai INSAN yang bernama IBU,MAMA, MAK,UMMI..dan lain-lain gelaran baginya. Pada kali ini saya bukan mahu menceritakan bagaimana mahu menyambut Hari Ibu dengan SEMPURNA.. Sambutlah dengan keikhlasan didalam hati dan hargai mereka.

 Insan yang bernama Ibu.. Yang telah melahirkan dikalangan kita, sebagai manusia di muka bumi ini. Seorang Insan yang banyak berjasa dan berkorban untuk memastikan kita 'dilahirkan' di dunia dengan harapan 'Si Kecil' ini mampu berjasa dan beramal di dunia ini. Secara tidak langsung, ia benar-benar menyejukkan hati insan yang bergelar Ibu. Mungkin dimata kita sendiri, kita tidak sedar bahawa, ketika dia melahirkan kita.. Nyawa si 'Ibu' umpamakan "Telur dihujung tanduk". Apakah kita sedar akan perasaan si 'Ibu'?

JASA IBU::.

 Mahupun kita sedar atau tidak, namun pada hakikatnya seorang Ibu telah banyak berjasa kepada kita yang bergelar anak. Mahupun dari yang zahir mahupun batin. Kadang-kala kita sendiri bagaimana ibu melauhkan perasaan kasih, sayang dan rindu dekat anak-anak dia...

i) Ibu melahirkan kita,anak, ke bumi ini dengan mempertaruhkan nyawanya. Dalam suatu ketika, mungkin akan ada diantara mereka yang akan selamat.. mungkin kedua-duanya pergi bersama.. Tetapi jika diberi pilihan, seperti situasi ini ...

 "Sayang, jika ada diantara kami (ibu dan anak), yang dimana perlu diselamatkan, maka pilihlah anak kita.. bukannya saya... Boleh ya.." kata seorang Isteri kepada Suami

 " Encik! Kami terpaksa selamat salah seorang dari mereka. Antara Isteri dan Anak, yang mana satu?", Kata Doktor kepada suami yang tergamam buat seketika..

 "Sayang, atas apa yang engkau ucapkan dan amanat yang Allah bagi kita anak. Saya akan jaga anak kita baik-baik dan didik dia."... 

 "Doktor, Tolong Selamatkan Anak Saya, Ya.... Tolong Ya Doktor..", kata Si Suami kepada Doktor..

ii) Ibu akan sentiasa cuba mendengar masalah kita, walaupun kadang-kadang dia sibuk sangat. Dialah pendengar dan pemegang rahsia kita yang kita boleh percayai..

iii) Ibu akan sentiasa bantu kita dalam menyelesaikan masalah.. Dan dialah yang akan sedaya upaya menyejukkan hati kita yang pilu... Pengalaman saya sendiri, mimpi buruk..

 "Mak... (dalam keadaan teresak-esak menangis), jangan pergi mana-mana... (sambil memeluk kakinya ketika dia masih lagi terjaga dan menghadap komputer)"....

 "Dah-dah... tak ada apa-apa... Mak tak pergi mana-mana... (mengusap dahi ku,selawat)... Dah.. pegang mak betul-betul, nanti mak lari..mhmm.."

iv)Jika kita sentuh bab-bab mendidik.. dialah akan akan mengajar kita dan kenalkan kita kepada DUNIA..

.........Kalau dibincangkan mengenai jasa ibu ni, tidak akan habis.. Kadang kala, jasa mereka ni kita tidak dapat terangkan dengan kata-kata.. Kita kadang-kadang pelik juga, kenapalah Ibu marah kt kita..

Kasih Sayang Ibu::.

 Bila Ibu marah, kita akan katakan "IBU TAK SAYANG KAT SAYA KE?!".. Percaya atau tidak, seorang ibu yang memarahi anaknya sebenarnya mengajar anaknya dan benar-benar takut kehilangan kita..
i) Ibu marah sebab dia ambil berat pasal kehidupan kita.. Dia tidak mahu lihat kita bersedih.. Dia tidak mahu kita rasa susah hati.. Keseorangan..
 
ii) Ibu marah sebab dia takut, akan kehilangan kita.. Dia takut jika anak dia pergi dahulu sebelum dia.. Dia mahu lihat anak dia berjaya... 
  
iii) Ibu marah sebab dia nak kita baiki perangai kita atau tabiat kita yang buruk.. Dia mahukan yang terbaik bagi anak-anak dia.. Walaupun ada suatu ketika ia pasti akan membawa beban kepada si Ibu, tetapi dia tidak perdulikan semua kesusahan demi kebahagian anak-anak..

 "Ibu! Kenapa Ibu marah-marah?! Ibu tak suka ke cara saya ni! Kalau ibu tak suka! Saya tetap dengan pendirian saya! Saya tak suka IBU macam ni!!"

Wahai Sahabatku,
 Jika seorang ibu mendengar kata-kata itu... Saya pasti.. Hati dia benar-benar telah tergores.. pasti berdarah didalamnya.. Seorang anak yang soleh dan solehah mahupan anak yang taat... Janganlah SESEKALI kamu berkata begitu kepada IBU MU!! APAkah kalian tidak BERSYUKUR ATAS PENGORBANAN DIA MELAHIRKAN KAMU DI ATAS ATAS MUKA BUMI INI!! INSAF LAH SEBELUM terlambat...

Akhir kata... dalam post ni... Sayangilah, hargailah, fahamilah, kasihlah, prihatinlah, dan jagalah IBU mu dengan sebaik-baiknya.. Demi Allah... akan kalian lakukannya... Kita manusia.. Manusia yang memegang amanat Allah sebagai seorang Hamba dan Khalifah di muka bumi ini... 


DIA AKAN MENANGIS DEMI KITA
 DIA AKAN BERADA DISISI KITA
DIA AKAN MENYAYANGI KITA
 DIA AKAN LINDUNGI KITA
DIA ADALAH INSAN YANG BENAR MEMAHAMI KITA 


WAHAI KAUM IBU, JANGANLAH KAU PENUHKAN KEHIDPAN DENGAN TANGISAN YANG SIA-SIA
MELAINKAN TANGISAN YANG MEMBAWA ERTI DALAM KEHIDUPAN MU SEBAGAI KAUM HAWA YANG LAYAK MENDIAMI JANNAH (SYURGA)

 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...