free counters

Monday, April 25, 2011

Righteousness, Freedom (Keadilan dan Kebebasan)

 Apa itu kebebasan? What is freedom? 

Remaja: menyatakan bahawa maksud kebebasan adalah tidak dikongkong oleh keluarga, boleh buat hal sendiri tanpa diganggu atau dilarang oleh keluarga. 
Anak-anak : menyatakan bahawa kebebasan adalah dapat pergi kemana-mana tanpa sempadan (iklan tv).
Warga Tua: menyatakan bahawa kebebasan itu adalah suatu yang indah, yang di nanti-nantikan pada sesuatu saat atau detik.

  Jika dilihat dari sudut pandangan masyarakat, kebebasan membawa banyak makna kepada diri mereka sendiri. Apakah makna kebebasan bagi saudara kita di Palestine?? Dimanakah letaknya hak dan kebebasan mereka?? Bagaimana tanah suci (Palestine) akan terus wujud bersama umat Islam yang sekian lama menempat disitu sedangkan sentiasa ditindas oleh Zionis?? Dimanakah yang lain?? 

 Salah seorang daripada tokoh Islam pada abad moden iaitu 
Dr. Abdul Aziz Rantisi,ada menyatakan bahawa; 
 "Kebebasan bagi mereka adalah jihad mereka.Jihad umat Islam di bumi Palestine sentiasa berterusan dengan rembesan darah syuhadah sentiasa bersimbah pada kanvas perjuangan, bumi ini menjadi potret kekentalan semangat juang para syuhadah yang tidak mengenal ampun saat berhadapan dengan zionis Israel laknattuallah. Palestine akan sentiasa menjadi rebutan kerana didadanya adalah tanah suci, Baitul Maqdis." 

  Seperti mana yang dikatakan oleh Dr. Abdul Aziz, ia menerangkan semangat jihad di Palestine. Jihad mereka adalah kebebasan yang mereka mahukan, iaitu kepada Allah S.W.T.  Salahudin al-Ayubi menyatakan bahawa, "barangsiapa menguasai Palestine maka mereka akan menguasai dunia", maka bumi ini sentiasa menjadi saksi mata pertembungan di antara hak dan batil...

 Di Palestine, usaha membebaskan bumi suci ini sentiasa berterusan. Penentangan terhadap zionis akan berlanjutan tanpa menyerah kalah. Banyak bantuan kemanusiaan berjaya dilaksanakan.Namun kebanyakkan bantuan kemanusiaan melalui darat sentiasa dihalang oleh Kerajaan Mesir sendiri. Mereka enggan membuka pintu sempadan.Dimana pemimpin Islam Mesir? Antara usaha bantuan kemanusiaan yang dilaksana secara besar-besaran dari seluruh dunia iaitu kapal Marvi Marmara berjaya memasuki Ghazzah. Mereka yang terlibat datang dari setiap pelusok dunia, berbeza bangsa,berbeza agama. Dimanakah yang lain?? Dimanakah usaha membebaskan Palestine?? Dimanakah pemimpin Islam yang mentadbir negara?? Dimana tanggungjawab kita?? 

TUJUAN POST INI UNTUK MEMBERI KESEDARAN PADA KITA AKAN SAUDARA KITA DAN TANGGUNGJAWAB KITA TERHADAP MEREKA YANG MEMERLUKAN BANTUAN. INGATLAH, JIKA MELAKUAN AMAL DI MUKA BUMI DENGAN HATI YANG IKHLAS, ALLAH S.W.T MENJANJIKAN PAHALA YANG BERLIPAT GANDA.

WALAUPUN CERITA ATAU MAKLUMAT BERKAITAN DENGAN POST INI SUDAH LAMA BERLAKU, PERCAYA ATAU TIDAK, KEBANYAKKAN MASYARAKAT AKAN LUPA MENGENAINYA HARI DEMI HARI.

"DOA ADALAH SENJATA UTAMA UMAT ISLAM"
"ISLAM AKAN SENTIASA MENANG"
"ITULAH JANJI ALLAH S.W.T"

read more "Righteousness, Freedom (Keadilan dan Kebebasan)"

Tuesday, April 19, 2011

Apa itu Cinta? Rindu? Sayang? Kasih? Prihatin?

 Assalammualaikum w.b.t kepada Visitor yang beragama Islam... Salam Sejahtera, selamat pagi or malam or petang (pilih yang mana bersesuaian) kepada Visitor Non-Muslims...

 Pertama sekali sebelum saya membuka atau menceritakan tajuk utama...  
I'M VERY APPRECIATE TO ALL VISITOR, yang sudi menjenguk blog ini dan membaca apa yang terkandung dalam blog ni. Hopefully....
VISITOR LIFE WILL BE BLESSED BY GOD (ALLAH S.W.T)

OK. Kembali kepada topik kita... or topik saya...

 What is Love? Missing Someone? Affection? Concerned? to SOMEONE??

Saya percaya ada dikalangan kita pernah jatuh cinta berkali-kali.... Seorang demi seorang kita mencintai... Tapi, atas sebab apa kita mencintai mereka? Ada kalangan kita yang bergelar *GENTLEMEN OR LADIES* berkata;  

 "Saya suka dan cinta dekat dia... cuz dia cute la! Muka dia bila bercakap or senyum ada macam 'baby faces'.. "   

dan ada juga berkata, 
"Saya cintakan dia sebab bila saya dengan dia saya rasa tenang dan dia nie agak 'HOT & COLD'.. "

 Sebenarnya ada banyak lagi pendapat or luahan perasaan mengapa seorang itu jatuh cinta dengan seseorang..Namun, kebanyakkannya, cinta mereka hanya untuk memenuhi kepuasan atau keperluan nafsu mereka sendiri.. BAGI SAYA, Jika saya mencintai seseorang itu adalah kerana ianya daripada ALLAH itu sendiri... Saya berpegang kepada satu prinsip iaitu,  

JIKA ENGKAU BERBUAT DAN MENDEKATI ALLAH S.W.T, SERTA ENGKAU CUBA MENCINTAI ALLAH LEBIH DARIPADA SEGALA-GALANYA, NESCAYA, ALLAH AKAN MENGHANTAR CINTA-NYA KEPADA HAMBA-NYA MELALUI HAMBA-NYA YANG LAIN.

Maka, Saya berani mengatakan bahawa... Ianya adalah Cinta Yang Benar dan Suci...

BAGAIMANA PULA DENGAN PERASAAN RINDU? PRIHATIN?

 Semasa kita "bercinta", kita akan merasa pelbagai perasaan... RINDU , RISAU , SAYANG ... Saya sendiri tidak dapat menafikan bahawa ianya adalah suatu keadaan dimana kita benar mencintai orang tersebut.

RINDU;  Saya percaya bahawa, apabila kita tidak dapat melihat wajahnya, PASTI, kita akan merasai suatu perasaan yang kadang kala kita sendiri tidak dapat 'mentafsirkannya'. Apakah ianya perasaan rindu atau hanya perasaan yang wujud kerana dia dilabelkan sebagai kekasih kita. Kita akan berkata " Saya rindukan awak " or " I Miss You Soo Much ".. Dan mungkin kita akan lafaznya berkali-kali kepada nya.. ada yang sampai BERATUS-RATUS.. tapi... Sejauh mana rasa rindu itu kita dapat rasai... Sejauh mana rindu itu mampu kita lafazkan hanya berkata seperti itu.. Sejauh mana rindu itu dapat di ungkap sedangkan ianya berada dalam hati kita sendiri... 
 
Maka jika , anda benar-benar merindui seseorang, maka katakanlah... 
  "Wahai Tuhan ku, adakah benar ianya rasa rindu ku atas sebab cinta sebenar.. Jika ia, benarkanlah aku melafazkannya dengan hati yang jujur padanya, hati yang sentiasa memaafkannya, dan hati yang sentiasa merinduinya.."

 kadangkala, ada diantara kita merasainya... Hati yang sunyi, hati yang kosong, hati yang sentiasa keresahan, hati yang merindui seseorang dari hamba Allah itu sendiri.. Kita akan berkata, " Kenapa dengan hatiku ini, terasa sakit.. terasa kosong.. terasa tiada hala tuju.. entah... ENTAHLAH.. Apa perasaan ini.. Kenapa? Apa yang berlaku ni..." Kita sendiri tidak menyedarinya... tapi ia selalu hadir dalam diri kita.. 

PRIHATIN, CARE; Prihatin? Adakah erti prihatin itu hanya mengambil berat mengenai kesihatannya? atau mengetahui hari jadinya?? TIDAK..  TO ME, PRIHATIN memberi makna yang lebih daripada itu. Ia bererti , mengambil berat mengenai perihal kehidupannya... hatinya... ada apa yang berlaku disekitarnya... Apakah dia telah melaksanakan perintah Allah dengan sempurna? Apakah dia telah menjaga dirinya dengan baik?

Ada segelintir atau KEBANYAKKANnya.. TIDAK memahami erti sebenar prihatin.

Perbezaan::

Sekarang: 
" Awak dah makan? (soalan yang betul tapi) Free tak malam ni? kita keluar nak? (ni yang tidak betul!)

" Awak sihat? ( soalan yang baik) .. Awak, malam ni bulan mengambang.. apa kata kita 'berbahasa' berbeza sikit so ia kena dengan suasana malam yang cantik.. (kenyataan orang tidak beriman!) "



Sepatutnya: jika kita PRIHATIN;
" Awak dah makan? Sudah ke solat? Baca al-Quran? Kalau belum, buat dulu.. nanti kita sambung"
" Awak sihat? Awak, macam mana ibu bapa awak.. ok ke? Jika tidak, pastikan awak sentiasa disisi mereka untuk sentiasa membantu mereka" 
 
  Kalau dilihatkan atau baca, ianya SANGAT berbeza... Jika kita faham apa itu erti PRIHATIN , sebenar... Saya percaya.. anda juga faham apa itu erti Kehidupan sebenar..

..:: JIKA BENAR MENCINTAINYA::..
KITA AKAN MEMBAWANYA KEARAH YANG BAIK
KITA AKAN CUBA MEMAHAMINYA
KITA AKAN MENCINTAINYA SEHINGGA DI SYURGA

CINTA SEBENAR DATANGNYA DARI ALLAH, DARIPADA HATI YANG MEMAHAMI ERTI KASIH SAYANG DAN CINTA
read more "Apa itu Cinta? Rindu? Sayang? Kasih? Prihatin?"

Saturday, April 9, 2011

.:: Kebenaran Mengenai Tragedi Jepun ::.

 Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.. Rasa-rasanya tidak perlu pun salam 1 Malaysia itu pun.. Jangan tanya KENAPA atau 'WHY'... Baiklah, pada hari ini, masa ini, tarikh ini.... Saya akan membincangkan mengenai kejadian Gempa Bumi di Jepun.. YES!! JEPUN!! Negara yang 'paling' maju di dunia ini dalam bidang Teknologi dan Sains. Memang tidak boleh dipisahkan dengan Sains dan Teknologi yang canggih-canggih.

 Kebarangkalian, kita tidak terfikir atau terlintas bahawa Jepun akan musnah begitu sahaja. Apatah lagi gempa bumi yang agak kuat telah menghentam negara tersebut. Dimanakah kesilapan mereka? Apa salah mereka? Apa yang mereka tidak cipta lagi atau suatu alat yang 'paling kurang' boleh mengelak atau menjangka sesuatu bencana alam seperti gempa bumi dan tsunami? Dan bagaimana pula, mereka boleh TERKENA gempa bumi?

 Ada dikalangan kita yang mempunyai banyak jawapan, mahupun bagi orang yang bijak dalam bidang sains dan teknologi. Ada yang mengatakan bahawa, "Biasalah tu, negara tu kan dalam lingkungan plat-plat yang bergerak, so tak ada apa-apa yang perlu lagi kita ketahui atau fahami atas kejadian mereka itu". <<MUDAH, jawapannya... Tamat macam itu sahaja. Dan ada yang mengatakan bahawa, "Sistem amaran awal perlu diperbaik dan ditingkatkan". Bagi saya, ia memang TAK BERGUNA. Sebab apa... Apa yang terjadi adalah disebabkan rakyat malah PEMIMPIN negara itu sendiri.

 Mengapa saya katakan begitu? Amat mudah... Jepun adalah negara yang maju dalam bidang-bidang teknologi... DAN mereke juga MAJU kearah KEMUNGKARAN ALLAH S.W.T. Tidak hairanlah bagi saya, jika mereka terkena gempa bumi yang kuat. Dalam Al-Quran ada menyebut mengenai kaum-kaum yang dihukum atau mereka yang menganiayai diri mereke sendiri..

Antaranya ialah Kaum Lut :

Allah S.W.T berfirman bahawa ::

“Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia, dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas."
(asy-Syu’araa:165-166).

 (Demikian juga) kaum Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan) oleh Rasulnya). Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam – Sebagai limpah kurnia dari Kami. Demikianlah kami membalas orang-orang yang bersyukur. Dan demi sesungguhnya Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa Kami; dalam pada itu mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu. 
(Surah Al-Qamar: 33 -36)

Kaum Hud :

Allah S.W.T berfirman bahawa ::

Ini adalah beberapa cerita masyarakat yang Kami berkaitan kepadamu: dari mereka ada yang berdiri, dan sebahagian telah siang bawah (oleh sabit waktu). Bukan kami menganiaya mereka bahawa: Mereka menganiaya jiwa mereka sendiri: para dewa yang lain dari Allah, yang mereka dipanggil, keuntungan mereka tidak sedikit pun ketika ada mengeluarkan perintah Tuhanmu: Mereka juga tidak menambah sedikit pun (untuk nasib mereka), tetapi kebinasaan !  
(Surah Hud: 100-101)


 Berdasarkan ayat-ayat diatas, maka terbuktilah bahawa, jika ada dikalangan mereka (rakyat Jepun) melakukan maksiat (perbuatan jahat) kepada yang lain mahupun kepada mereka sendiri, maka ALLAH akan turunkan azab yang seketika..Kalau kita lihat kisah mengenai kaum-kaum lain yang pupus, AZAB mereka adalah dalam jangka masa yang LAMA. Maka bersyukurlah kita dan salam serta selawatlah atas junjungan besar kita, YA RASULULLAH S.A.W.. kerena, Rasulullah telah meminta Allah s.w.t meringankan azab kepada manusia akhir zaman.




Di manakah silapnya?? Ternyata silapnya adalah "Cara Hidup Mereka" yang membawa kemungkaran ALLAH.. Cara pemimpin mereka mentadbir juga ada salahnya.. Maka tidak kurang di Malaysia. Dahulu kita katakan, masalah sosial di negara ini tidak ada masalah.. Sekarang kita katakan,remaja mahupun dewasa, cara mereka ber'sosial' sudah melampaui batas. Alangkah bagus jika kita dapat menghalangnya dan lebih bagus jika kita mencegahnya daripada mengubati.. Dimanakah silapnya negara kita yang tercinta ini??

 Seharusnya kita memperbaiki cara hidup kita. Dan memperkuatkan pegangan agama kita sendiri. Semua agama di Malaysia ada menyatakan bahawa, Perbaikilah diri dan Lakukanlah kebaikan di Dunia ini. Moga, apa yang terjadi di Jepun, dijadikan pengajaran bagi kita (manusia) untuk memperbaiki diri yang jahil ini.

 END::. 


.::PERBAIKILAH KELEMAHAN KITA::.
  .::SEDARLAH DIMANA KITA BERADA DI SISI ALLAH::.
   .::SEDARLAH DUNIA INI HANYA SEMENTARA::.
    .::KEHIDUPAN YANG SEBENAR ADALAH LEBIH::. .::BERMAKNA DARIPADA KEHIDUPAN DI DUNIA INI::.

read more ".:: Kebenaran Mengenai Tragedi Jepun ::."

Saturday, April 2, 2011

Hukum April Fool

Presiden Persatuan Ulama Dunia, Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyebut:

Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah SAW juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani].
Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah SAW bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]

Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang dalam apa bentuk pun. Sambutan April Fool adalah dilarang kerana 4 sebab :

1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.


3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.

4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.

Sheikh Atiyyah Saqr pula menyatakan :

Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.

Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan darurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “darurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Darurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.

Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].

Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi iaitu ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan.

Sheikh Shalih Fauzan menyatakan :

Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari April Fool, mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”

Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur

read more "Hukum April Fool "

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...