free counters

Thursday, February 9, 2012

Ketahui 3 fakta mengnai lelaki...


Fakta 1~ MENGENALI WATAK LELAKI

Watak , sifat dan tabiat seorang lelaki boleh ditentukan melalui unsur-unsur kejadiannya.

A. UNSUR ANGIN
Unsur angin dikaitkan dengan pemikir. Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian iaitu berpegng kepada teori, tidak mudah terpengaruh dengan pendapat orang lain, berfikiran positif dan terbuka, kurang emosi, menghargai kebolehan pemikiran, mahukan kebebasan, memandang remeh sesuatu perkara dan sukakan fakta dan pujian.

B. UNSUR API
Unsur api dikaitkan dengan seorang yang intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan hati). Ia juga digolongkan sebagai sifat kelelakian seperti pentingkan diri sendiri, megah, bersemangat tinggi, suka bersaing, kurang matang, keras hati, tidak peka terhadap sesuatu, dan mampu merancang masa depan.

C. UNSUR TANAH
Unsur tanah dikaitkan dengan deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan seperti menghargai keadaan, keras hati, sabar, berdisiplin, berhati-hati, boleh diharap, kurang tegas dan cekap.

D. UNSUR AIR
Sifat air dikaitkan dengan perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan iaitu lemah lembut, mudah tersentuh, pengasih suka memaksa, penakut, keras kepala, sukar ditegur, perahsia, memahami dan tidak tamak.


Fakta 2~ KEKUATAN LELAKI

A. KEGAGAHAN
Kegagahan lelaki bukan pada fizikal sahaja tetapi, pada kemurnian rohaninya. Lelaki yang gagah adalah :-

  1. Lelaki yang mampu mengalirkan air mata apabila tersentuh.
  2. Lelaki yang sedia menerima teguran.
  3. Lelaki yang membalas kejahatan dengan kebaikan.
  4. Lelaki yang tenang dan berlapang dada.
  5. lelaki yang sentiasa bersangka baik.
  6. Lelaki yang tidak berutus asa. 
Kegagahan lelaki terletak pada keuliaan hatinya. Semua kegagahan yang ada pada Nabi Muhammad SAW adalah kegagahan yang sempurna bagi seorang lelaki.


B. KEAJAIBAN LELAKI
  • Agresif (suka melawan)
  • Bebas
  • Tidak emosi
  • Menyembunyikan emosi
  • Tidak mudah melenting
  • Aktif
  • Tidak mudah tersentuh
  • Sukar menilai perasaan orang lain
  • Tidak mudah menangis
  • Boleh membezakan antara perasaan dan pemkiran

Fakta 3~ KELEBIHAN DAN KELEMAHAN LELAKI

Lelaki boleh menjadi seorang yang sangat sensitif dan terlalu mengambil berat (prihatin). Apabila seseorang lelaki menyukai wanita, tidak semestinya wanita itu cantik. Mungkin dia tertarik dengan budi bahasa dan kesopanannya yang tinggi.

Adakalanya lelaki menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Dengan itu, banyak perkara yang boleh dibual dan dikongsi bersama.

Sebenarnya, lelaki tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita. Lelaki boleh menerima suatu penolakan dengan baik tetapi tidak bagi wanita. Meraka juga akan menonjolkan sikap kalelakiannya untuk menambat hati wanita.

A. PERASAAN TERHADAP WANITA
Sememangnya lelaki dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Kerana itulah mereka suka melihat dan menjeling wanita, menonton filem Baywatch dan mencuci mata di tepi pantai atau kolam renang. Tetapi, kebanyakan lelaki menjadi resah apabila pertama kali mengajak wanita keluar.

B. MENIRU GAYA ARTIS
Tujuan seorang lelaki meniru gaya artis atau berlagak macho hanyalah kerana ingin memikat hati wanita. Jika seseorang lelaki menjawab "tengoklah dulu," apabila ditanya, ia bermaksud dia kurang setuju. Berlainan pula jika dia berterus terang. Tujuannya adalah untuk bersikap jujur dan berharap agar wanita akan memahami maksudnya.

C. CEMBURU
Seseorang lelaki akan merasa cemburu apabila kawan perempuannya menyebut nama lelaki lain. Lelaki tidak boleh mempelajari semua perkara mengenai perempuan daripada buku semata mata. Disebabkan itulah mereka sering keliru dengan sikap perempuan dan tidak memahami sikap mereka. 

Adakalnya lelaki perlu mengetahui dengan mendalam tentang cara untuk berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

D. MELIHAT DADA WANITA
Apabila seorang lelaki terpandang ke arah dada wanita dan wanita itu menyedarinya, maafkan saja kerana kebanyakan lelaki tidak sengaja berbuat demikian. Mereka merasa kejadian wanita sangat indah dan seni.

E. PEREMPUAN MEMINATI LELAKI
Apabila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan tersebut perlu diberi peluang kerana mungkin lelaki tersebut juga menaruh minat kepadanya.

F. KELEMAHAN LELAKI
Amat memalukan bagi lelaki jika tidak mampu menolong wanita. Kebanyakan lelaki lemah dengan air mata wanita apatah lagi jika wanita tersebut sangat dikasihi. Sebab itulah air mata wanita diibaratkan sebagai senjata.

Lelaki tidak akan sempurna seratus peratus sama ada dari segi rupa, pandangan luaran mahupun dalamannya.

Oleh itu, seorang wanita tidak boleh mengharapkan semua yang terbaik dan hebat daripada lelaki. Mereka juga makhluk biasa dan mempunyai kelemahan.
read more "Ketahui 3 fakta mengnai lelaki..."

Thursday, February 2, 2012

Manusia Paling Bertaqwa sesudah Para Nabi.

Alhamdulillah, lagi beberapa hari sahaja lagi sebelum datangnya hari yang penting bagi Umat Islam di seluruh dunia iaitu Maulidur Rasul. "On-the-way" ke hari tersebut, saya akan membincangkan serta menceritakan sedikit sebanyak mengenai Zaman Khulafa Ar-Rasyidin. Maka pada artikel kali ini kita mulakan perjalanan kita dengan Khalifah yang pertama:


ABU BAKAR AS-SIDDIQ.

  Nama lengkapnya adalah Abdullah bin Uthman bin Amir. Sebelum dia memeluk Islam, dia bernama Abdul Ka'bah, lalu Rasulullah menamakannya Abdullah. Dia digelar As-Siddiq (yang membenarkan),dan Al-Atiq (yang dibebaskan), biasa dipanggil Abu Bakar. 

  Abu Bakar digelar Al-Atiq kerana Rasulullah pernah menyatakan kepadanya,
    "Kamu adalah orang yang dibebaskan Allah dari api neraka."

  Namun ada juga yang berpendapat bahawa, dia gelar Al-Atiq kerana ketampanan wajahnya atau kerana terlampau banyak hamba-hamba yang telah dimerdekakannya seperti Bilal dan yang lain-lain.

  Abu Bakar adalah lelaki pertama yang beriman kepada Rasulullah. Mengenai keimanannya, Rasulullah s.a.w berkata,

     "Tidak ku ajak seorang pun memeluk Islam melainkan dia ragu dan bimbang kecuali Abu Bakar. Dia tidak ragu dan bimbang ketika kusampaikan kepadanya"
                                                                               (HR. Ibnu Ishak)

  Abu Bakar adalah salah seorang di kalangan sepuluh sahabat yang memperoleh jaminan masuk syurga. Dia pernah memerdekakan tujuh orang hamba dan mereka semua pernah diseksa kerana memperjuangkan Islam. Antaranya ialah, Bilal, Amir ibn Fuhairah, Zunairah, Nahdiyah dan anak perempuannya, Jariyah binti Mu'ammil dan Ummu Ubais.

  Ketika dia bersama Nabi dan 2 sahabatnya yang lain iaitu Umar dan Uthman naik ke puncak Uhud, Nabi berkata,

     "Tenanglah bukit Uhud! Di atasmu ada Nabi, Abu Bakar As-Siddiq dan dua orang saksi."
       (HR. Al-Bukhari)

  Dia digelar As-Siddiq kerana dia membenarkan peristiwa israk. Tentang Abu Bakar, Nabi pernah mengatakan,

     "Sesungguhnya tidak ada seorang pun dikalangan manusia yang sanggup berkorban dengan diri dan hartanya kerana aku selain dari Abu Bakar ibn Abu Quhafah. Sekiranya aku ingin mengambil seorang kekasih, aku ingin mengambil Abu Bakar sebagai kekasih ku. Akan tetapi persaudaran Islam lebih utama. Hendaklah kamu semua menutup pintu yang ada di masjid ini kecuali pintu Abu Bakar." (HR. Bukhari)

وَسَيُجَنَّبُهَا الْأَتْقَى
Maksudnya,

  "Dan disebaliknya akan dijauhkan (azab Neraka) itu daripada orang yang sungguh bertaqwa", (Surah Al-Lail: 17)

  Dia adalah teman setia Rasulullah s.a.w dalam perjalanan hijrah dan yang menemani Rasulullah ketika berada di Gua Tsur dan tidak pernah terlepas berperang bersama Rasulullah... Firman Allah di berikut, berkait rapat dengan Abu Bakar,

إِلاَّ تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُواْ ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لاَ تَحْزَنْ إِنَّ اللّهَ مَعَنَا فَأَنزَلَ اللّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَّمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُواْ السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللّهِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Maksudnya,

  "Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekkah) mengeluarkan (dari negerinya Mekkah) sedang dia salah seorang daru dua (sahabat) semasa mereka berlundung di dalam gua, ketika dia berkata keada sahabatnya: Janganlah engkau dukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dab nebgyatjabbta dengan bantuan tentera (Malaikat) yang kamu tidak melihatnya dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya) dan Khalimah Allah (Islam) islah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah At-Taubah: 40)


Tentang Abu Bakar, Hassan ibn Thabit bersyair:

Jika kamu teringat suatu hajat dari saudaramu yang kamu percayai,
maka ingatlah apa yang pernah dilakukan oleh Abu Bakar.

Dia adalah sebaik-baik manusia, yang paling bertaqwa dan yang paling adil sesudah Nabi.

Dia juga orang yang paling menepati apa-apa yang menjadi tangungjawabnya.

Dia adalah orang kedua-sesudah Nabi-yang paling terpuji di hadapan manusia dan orang yang pertama yang membenarkan apa yang dibawa oleh Rasulullah.


  "Orang yang benar ialah Muhammad dan yang membenarkan ialah Abu Bakar. Kamu adalah orang yang paling dermawan di kala orang lain bersifat kikir. Kamu telah menemani Nabi menghadapi berbagai kesukaran di kala orang lain berdiam diri. Kamu telah menemani Nabi dengan setia di masa-masa genting dan menggantikan Rasulullah (Khalifah) dengan baik dan menjalankan pemerintahan dengan baik"

  Ketika dia sakit, para sahabat mengatakan kepadanya,

     "bolehkan kami memanggil doktor untuk memeriksa penyakitmu?"

Jawab Abu Bakar,

     "Doktor telah memeriksa penyakitku,"

Tanya mereka,

     "Apa yang dikatakan doktor tentang penyakitmu?",

Abu Bakar menjawab,

     "Dia mengatakan, "Sesungguhnya Aku Maha Kuasa melakukan apa yang Aku kehendaki."




  Abu Bakar meninggal dunia pada tahun 12 Hijrah dalam usia 63 tahun, sama seperti usia Nabi ketika Baginda wafat. Jasadnya dikebumikan di samping kubur Rasulullah di bilik Aisyah.




...MUDAH-MUDAHAN WAHAI SAHABAT, WAHAI PEMBACA, SEBANYAK SEDIKIT KISAH ABU-BAKAR MEMBAWA SEDIKIT PEDOMAN KEPADA KITA, MALAH KEPADA SAYA SENDIRI. INSHALLAH...




SELAMAT BERAMAL
read more "Manusia Paling Bertaqwa sesudah Para Nabi."

Friday, January 20, 2012

Megaupload.com On Court


Megaupload founder Kim Schmitz, alias 'Kim Dotcom,' in court in New Zealand (VIDEO)


Internet mogul Kim Schmitz, better known as Kim Dotcom, has appeared with six other people in court in New Zealand, accused by US prosecutors of illegally operating file-sharing hub Megaupload.com.

Former hacker Kim Schmitz, better known by his alias Kim Dotcom, has appeared in court in New Zealand, where he was arrested yesterday in connection with US prosecutors' copyright theft case against Megaupload.com.
Schmitz and six others who allegedly ran the file-sharing hub face charges of racketeering, money laundering and internet piracy, CNETreported.

Kim Dotcom, right, appears in court with his three co-accused,
 in Auckland, New Zealand, Jan. 20 2012. (RT.com/Screengrab)


Only four have so far been detained. They appeared in court in Auckland today, where they were denied bail. Extradition proceedings are underway to have them sent to face trial in the US, the Sydney Morning Herald reported.
Schmitz, a 37-year-old German national who also holds Finnish citizenship and has residency in Hong Kong and New Zealand, made $42 million USD from Megaupload and associated websites in 2010 alone, according to the FBI's indictment. He has prior convictions for insider trading, credit-card fraud and embezzlement and has hacked the computer systems of banks and the Pentagon.
He was taken into custody yesterday during a dramatic raid on his home, a luxury property north of Auckland known as the "Dotcom mansion."
According to Agence France Presse, armed police had to cut into a locked safe room where Schmitz had barricaded himself with a sawn-off shotgun. Officers also seized his collection of luxury cars –with number plates reading "God," "Mafia Hacker" and "Guilty" – and froze up to $10 million NZD ($8 million USD) in a number of New Zealand bank accounts.

More than 20 similar raids have been carried out in nine countries in connection with the case.
The other suspects arrested are Megaupload's co-founder Mathias Ortmann and chief marketing officer Finn Batato, both from Germany, and Dutch national Bram van der Kolk, who oversees programming, reported Radio New Zealand. Graphic designer Julius Bencko, head of business development SvenEchternach and software developer Andrus Nomm have also been charged, but not yet arrested.
One of the lawyers representing Schmitz and his associates, Ira Rothken, said the charges were "without merit." He told Radio New Zealand:
"Whether it's search engines or YouTube or any user-generated content site, they're littered with other people's copyrights.
"The test for liability isn't whether or not a website actually hosts copyrighted content; the question's much deeper – and that is whether or not an internet service provider should be responsible for other folks uploading and downloading such copy."


News from : http://www.globalpost.com/


read more "Megaupload.com On Court"

Mimpi Seorang Anak.

Kisah satu cerita::::::


























Disaat seorang anak sedang tidur dengan lena, tiada apa-apa lagi yang mengganggu tidurnya. Dia umpamakan di dalam dunia yang lain.Maka bermula suatu mimpi yang dia sentiasa akan ingat. Bermimpikan bulan dan bintang. Bermimpikan langit yang gelap yang diterangi dengan cahaya biru dari Bulan. Ketika itu dia berada di sebuah banggunan sekolah yang tingginya 4 tingkat.. Dia terpandang tingkap di sebelah bahu kirinya. Langit yang dahulunya berwarna biru pada waktu siang, kini menjadi gelap.

Dia mula tertanya-tanya,

"Apa yang dah berlaku ni?! Cikgu, kenapa langit tiba-tiba gelap ni?!"

Pertanyaan itu tidak dijawab oleh sesiapa malah cikgunya sendiri, yang ada bersamanya, tidak mampu menjawab.

Disaat langit mulai gelap, maka muncul pula 1/4 bahagian Bulan yang sungguh dekat di matanya serta mengeluarkan cahaya putih/biru. Disetiap ruang langit mulai berwarna biru. Namun anak ini tidak takut, akan tetapi dia tertakjub dan terkilan melihat keindahan yang tidak mampu mana-mana manusia biasa menghasilkan suatu pemandangan sebegitu rupa.. Indah..

Malang sekali, anak ini terjaga dari Mimpinya sendiri apabila si anak ini jatuh dari katil tidurnya.

"Cantiknya... Cantik..."

Dia mula menadah tangannya, berdoa kepada yang Maha Esa, Allah s.w.t

"Ya Allah, jika itu adalah keajaiban dan kekuasaan Mu, maka ia benar-benar cantik. Umpamakan kejadiannya tidak kecacatan atau ketidak sempurnaan. Aku bersyukur atas nikmat-Mu ini..."

::Tamat::

Mungkin gambar diatas, adalah apa yang digambarkan oleh si anak itu. Walaupun ianya tidak sempurna atau tidak 100% seperti apa yang dia perlihat dalam mimpinya.. Tetapi ia tetap cantik dan indah.

Itulah Kekuasaan-Nya. Tiada apa yang mustahil di sisi-Nya.





"Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap lalu Dia berkata kepadaNya dan bumi, Datanglah    kamu keduanya menurut perintahKu dengan suka hati atau terpaksa     keduanya menjawab 'kami datang dengan suka hati'      Maka Dia menjadikan tujuh langit dalam masa dua masa dan Dia  mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan kami hiasi langit    yang dekat dengan bintang yang cemerlang dan Kami perliharanya    dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui."  Fushilat: 11-12
read more "Mimpi Seorang Anak."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...