free counters

Thursday, February 2, 2012

Manusia Paling Bertaqwa sesudah Para Nabi.

Alhamdulillah, lagi beberapa hari sahaja lagi sebelum datangnya hari yang penting bagi Umat Islam di seluruh dunia iaitu Maulidur Rasul. "On-the-way" ke hari tersebut, saya akan membincangkan serta menceritakan sedikit sebanyak mengenai Zaman Khulafa Ar-Rasyidin. Maka pada artikel kali ini kita mulakan perjalanan kita dengan Khalifah yang pertama:


ABU BAKAR AS-SIDDIQ.

  Nama lengkapnya adalah Abdullah bin Uthman bin Amir. Sebelum dia memeluk Islam, dia bernama Abdul Ka'bah, lalu Rasulullah menamakannya Abdullah. Dia digelar As-Siddiq (yang membenarkan),dan Al-Atiq (yang dibebaskan), biasa dipanggil Abu Bakar. 

  Abu Bakar digelar Al-Atiq kerana Rasulullah pernah menyatakan kepadanya,
    "Kamu adalah orang yang dibebaskan Allah dari api neraka."

  Namun ada juga yang berpendapat bahawa, dia gelar Al-Atiq kerana ketampanan wajahnya atau kerana terlampau banyak hamba-hamba yang telah dimerdekakannya seperti Bilal dan yang lain-lain.

  Abu Bakar adalah lelaki pertama yang beriman kepada Rasulullah. Mengenai keimanannya, Rasulullah s.a.w berkata,

     "Tidak ku ajak seorang pun memeluk Islam melainkan dia ragu dan bimbang kecuali Abu Bakar. Dia tidak ragu dan bimbang ketika kusampaikan kepadanya"
                                                                               (HR. Ibnu Ishak)

  Abu Bakar adalah salah seorang di kalangan sepuluh sahabat yang memperoleh jaminan masuk syurga. Dia pernah memerdekakan tujuh orang hamba dan mereka semua pernah diseksa kerana memperjuangkan Islam. Antaranya ialah, Bilal, Amir ibn Fuhairah, Zunairah, Nahdiyah dan anak perempuannya, Jariyah binti Mu'ammil dan Ummu Ubais.

  Ketika dia bersama Nabi dan 2 sahabatnya yang lain iaitu Umar dan Uthman naik ke puncak Uhud, Nabi berkata,

     "Tenanglah bukit Uhud! Di atasmu ada Nabi, Abu Bakar As-Siddiq dan dua orang saksi."
       (HR. Al-Bukhari)

  Dia digelar As-Siddiq kerana dia membenarkan peristiwa israk. Tentang Abu Bakar, Nabi pernah mengatakan,

     "Sesungguhnya tidak ada seorang pun dikalangan manusia yang sanggup berkorban dengan diri dan hartanya kerana aku selain dari Abu Bakar ibn Abu Quhafah. Sekiranya aku ingin mengambil seorang kekasih, aku ingin mengambil Abu Bakar sebagai kekasih ku. Akan tetapi persaudaran Islam lebih utama. Hendaklah kamu semua menutup pintu yang ada di masjid ini kecuali pintu Abu Bakar." (HR. Bukhari)

وَسَيُجَنَّبُهَا الْأَتْقَى
Maksudnya,

  "Dan disebaliknya akan dijauhkan (azab Neraka) itu daripada orang yang sungguh bertaqwa", (Surah Al-Lail: 17)

  Dia adalah teman setia Rasulullah s.a.w dalam perjalanan hijrah dan yang menemani Rasulullah ketika berada di Gua Tsur dan tidak pernah terlepas berperang bersama Rasulullah... Firman Allah di berikut, berkait rapat dengan Abu Bakar,

إِلاَّ تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُواْ ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لاَ تَحْزَنْ إِنَّ اللّهَ مَعَنَا فَأَنزَلَ اللّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَّمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُواْ السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللّهِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Maksudnya,

  "Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekkah) mengeluarkan (dari negerinya Mekkah) sedang dia salah seorang daru dua (sahabat) semasa mereka berlundung di dalam gua, ketika dia berkata keada sahabatnya: Janganlah engkau dukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dab nebgyatjabbta dengan bantuan tentera (Malaikat) yang kamu tidak melihatnya dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya) dan Khalimah Allah (Islam) islah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah At-Taubah: 40)


Tentang Abu Bakar, Hassan ibn Thabit bersyair:

Jika kamu teringat suatu hajat dari saudaramu yang kamu percayai,
maka ingatlah apa yang pernah dilakukan oleh Abu Bakar.

Dia adalah sebaik-baik manusia, yang paling bertaqwa dan yang paling adil sesudah Nabi.

Dia juga orang yang paling menepati apa-apa yang menjadi tangungjawabnya.

Dia adalah orang kedua-sesudah Nabi-yang paling terpuji di hadapan manusia dan orang yang pertama yang membenarkan apa yang dibawa oleh Rasulullah.


  "Orang yang benar ialah Muhammad dan yang membenarkan ialah Abu Bakar. Kamu adalah orang yang paling dermawan di kala orang lain bersifat kikir. Kamu telah menemani Nabi menghadapi berbagai kesukaran di kala orang lain berdiam diri. Kamu telah menemani Nabi dengan setia di masa-masa genting dan menggantikan Rasulullah (Khalifah) dengan baik dan menjalankan pemerintahan dengan baik"

  Ketika dia sakit, para sahabat mengatakan kepadanya,

     "bolehkan kami memanggil doktor untuk memeriksa penyakitmu?"

Jawab Abu Bakar,

     "Doktor telah memeriksa penyakitku,"

Tanya mereka,

     "Apa yang dikatakan doktor tentang penyakitmu?",

Abu Bakar menjawab,

     "Dia mengatakan, "Sesungguhnya Aku Maha Kuasa melakukan apa yang Aku kehendaki."




  Abu Bakar meninggal dunia pada tahun 12 Hijrah dalam usia 63 tahun, sama seperti usia Nabi ketika Baginda wafat. Jasadnya dikebumikan di samping kubur Rasulullah di bilik Aisyah.




...MUDAH-MUDAHAN WAHAI SAHABAT, WAHAI PEMBACA, SEBANYAK SEDIKIT KISAH ABU-BAKAR MEMBAWA SEDIKIT PEDOMAN KEPADA KITA, MALAH KEPADA SAYA SENDIRI. INSHALLAH...




SELAMAT BERAMAL

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...