free counters

Monday, February 14, 2011

Maulidur Rasul

  Pada zaman ini terdapat banyak suara-suara yang mempertikaikan tentang sambutan Maulidurrasul dan ia menjadi fokus perdebatan dan perbalahan, walaupun sebenarnya, banyak lagi isu penting yang perlu ditangani oleh umat Islam. Zaman ini merupakan zaman dimana musuh-musuh Islam sedang melakukan operasi besar-besaran untuk menghancurkan ummat Muhammad, daripada dalam mahupun daripada luar tanpa perasaan belas kasihan dan amat sedikit sekali bilangan orang-orang yang beriman yang dapat mempertahankan ummah ini daripada serangan-serangan ini. Zaman ini merupakan zaman jahiliyyah Ummat Islam, sehinggakan kebenaran amat jarang sekali dan kebatilan merupakan perkara yang biasa dan diterima umum. 

Firman Allah kepada orang-orang yang beriman,
 "Berpeganglah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai" (Ali-Imran: 103).

  Membesarkan Maulidurrasul samalah seperti kita membesarkan Islam kerana Rasulullah (s.a.w) umpama simbol bagi agama Islam. Imam Mutawalli Sha'rawi telah menuli didalam kitab beliau, Ma'idat al-Fikr al-Islamiyya (ms. 295),"Jika setiap kejadian yang tidak bernyawa sekalipun, bergembira dengan kelahiran baginda (s.a.w) dan semua tumbuh-tumbuhan pun bergembira malahan semua binatang pun bergembira dan semua malaikat pun bergembira dan semua jinn Islam bergembira diatas kelahiran baginda (s.a.w).

 Antara dalil dari Al-Quran bahawa Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai Nabi-Nya dan katakanlah kepada mereka,
 "Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu"

  Kita disuruh untuk mengenali Nabi kita, tahu akan kehidupan baginda, mengenai mukjizat baginda, kelahirannya , akhlaqnya, keimanan baginda, tanda-tanda kenabian beliau (ayat wa dala'il), khalwat yang baginda lalui, ibadah baginda lagipun bukankah perkara-perkara ini sepatutnya diketahui oleh setiap Muslim? Apakah cara yang lebih baik lagi selain daripada meraikan hari kelahiran baginda, iaitu hari permulaan kehidupan baginda, dan seterunya supaya kita terdorong untuk mengenali baginda dengan lebih mendalam lagi. Memperingati hari kelahiran baginda akan membuka ruang bagi kita untuk memperingati perkara-perkara lain yang berkaitan dengan baginda. Apabila ini kita lakukan, Allah akan redha pada kita, kerana kita akan lebih bersedia untuk mengetahui sirah baginda dan lebih bersedia untuk mencontohi dan mengamalkan akhlaq baginda dan memperbetulkan kesilapan kita. Itulah sebabnya, kenapa sambutan hari lahir baginda merupakan satu rahmat buat kita semua.

  Oleh itu, gunakanlah hayat kita, ilmu kita dan iman kita mengikuti jejak langkah Rasulullah s.a.w, dengan mencontohi sifat-sifatnya, akhlaqnya.. Kesungguhan Baginda mengajar kita, dalam melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah kamu buat dengan bersungguh-sungguh,ikhlas dan dengan niat, kerana Allah s.w.t..

 Moga Allah S.W.T meletakkan Baginda di kedudukan yang tinggi, sebagaimana Allah telah berjanji kepada kita.. Sesungguhnya, Allah s.w.t tidak mengungkiri janji-Nya. 

2 comments:

  1. Cukupkah menyambut maulidul Rasul hanya dengan menyertai perarakan sahaja? pamirkan banner dan spanduk, selawat sesikit lepas tu buat balik apa yang dilarang...?

    ReplyDelete
  2. Itulah, masalahnya golongan manusia akhir zaman. Kesedaran tak ada.. Masalah politik tak habis-habis lagi... Rasuah, pecah amanah, kianat.. dan dasar Islam yg syumul, tiada di negara kita..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...