free counters

Tuesday, March 15, 2011

::Setiap Manusia Mempunyai Kelebihan::


 Setiap dikalangan kita dilahirkan dengan kelebihan tersendiri... Ada yang hebat "berlari", pada zaman persekolahan. Ada yang "bijak", dalam bab-bab belajar. Ada yang kreatif, dalam bab-bab mengeluarkan idea.

Sesungguhnya, ALLAH SWT telah menciptakan sesuatu tanpa sia-sia.

Allah SWT berfirman,

” Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dengan bermain-main. Kami tidak menciptakan keduanya melainkan dengan haq, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui .” (Qs. Ad Dukhaan : 38-39)

” Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan.kepada Kami ? ” (Qs. Al Mu’minuun :115)

 Oleh itu, jika ada dikalangan manusia fikir bahawa mereka ini  LEMAH, TIDAK BERGUNA, apatah lagi berkata,"Aku tidak layak hidup di bumi ini".

 Allah s.w.t telah menciptakan setiap dikalangan kamu dengan kelebihan masing-masing, Sebagaimana, Nabi Nuh a.s, yang boleh berkomunikasi dengan haiwan-haiwan. Nabi Yusof, yang diberikan kelebihan dalam wajahnya yang TAMPAN. Manakala, Nabi Musa, yang mempunyai tongkat yang mampu membelah lautan.

 Jika kita berkatakan bahawa, "Mungkin aku perlu bertanya kepada diri ku, apa kelebihan ku, apa kelemahan ku", maka bersyukurlah atas kejadian mu dimuka bumi ini. YANG PASTI, setiap manusia di bumi ini adalah "KHALIFAH", iaitu PEMIMPIN, kepada yang lain. SETIAP dalam diri MANUSIA itu mampu memimpin mereka yang lain keluar dari KELALAIAN, KEJAHILAN.

Perkara yang wajar kita lakukan, adalah meletakkan diri kita DIATAS mereka yang lain. Bukan kerana BONGKAK atau MENUNJUK2, tapi ada masanya, kita kena buang sifat merendah diri dalam sesuatu perkara. Oleh itu, ambillah setiap peluang yang ada, yang mampu menyedarkan diri kita, bahawa kita ini adalah SATU KETUA, seseorang YANG BOLEH MEMIMPIN.. Walaupun kita lemah dalam bidang yang lain. Tapi ALLAH LAHIRKAN DISETIAP KAMU ADALAH PEMIMPIN.


MAKA BERSYUKURLAH KAMU
ATAS KEJADIAN KAMU DIATAS MUKA BUMI INI
DIMANA SETIAP MANUSIA DILAHIRKAN DENGAN
SIFAT KEPEPIMPINAN DAN KELEBIHAN DALAM SESUATU BIDANG

BERKATALAH / SAY THAT :::

"THANK YOU, GOD. FOR GIVING THIS BEAUTIFUL LIFE
YOU GIVE US THE "SPECIAL" ABILITIES
TO EACH OF US THAT CAN BRING US TO AN HAPPY LIFE

TO "YOU"
WE DEVOTE OUR LIFE, OUR DEEDS AND OUR HEART

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...