free counters

Saturday, April 9, 2011

.:: Kebenaran Mengenai Tragedi Jepun ::.

 Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.. Rasa-rasanya tidak perlu pun salam 1 Malaysia itu pun.. Jangan tanya KENAPA atau 'WHY'... Baiklah, pada hari ini, masa ini, tarikh ini.... Saya akan membincangkan mengenai kejadian Gempa Bumi di Jepun.. YES!! JEPUN!! Negara yang 'paling' maju di dunia ini dalam bidang Teknologi dan Sains. Memang tidak boleh dipisahkan dengan Sains dan Teknologi yang canggih-canggih.

 Kebarangkalian, kita tidak terfikir atau terlintas bahawa Jepun akan musnah begitu sahaja. Apatah lagi gempa bumi yang agak kuat telah menghentam negara tersebut. Dimanakah kesilapan mereka? Apa salah mereka? Apa yang mereka tidak cipta lagi atau suatu alat yang 'paling kurang' boleh mengelak atau menjangka sesuatu bencana alam seperti gempa bumi dan tsunami? Dan bagaimana pula, mereka boleh TERKENA gempa bumi?

 Ada dikalangan kita yang mempunyai banyak jawapan, mahupun bagi orang yang bijak dalam bidang sains dan teknologi. Ada yang mengatakan bahawa, "Biasalah tu, negara tu kan dalam lingkungan plat-plat yang bergerak, so tak ada apa-apa yang perlu lagi kita ketahui atau fahami atas kejadian mereka itu". <<MUDAH, jawapannya... Tamat macam itu sahaja. Dan ada yang mengatakan bahawa, "Sistem amaran awal perlu diperbaik dan ditingkatkan". Bagi saya, ia memang TAK BERGUNA. Sebab apa... Apa yang terjadi adalah disebabkan rakyat malah PEMIMPIN negara itu sendiri.

 Mengapa saya katakan begitu? Amat mudah... Jepun adalah negara yang maju dalam bidang-bidang teknologi... DAN mereke juga MAJU kearah KEMUNGKARAN ALLAH S.W.T. Tidak hairanlah bagi saya, jika mereka terkena gempa bumi yang kuat. Dalam Al-Quran ada menyebut mengenai kaum-kaum yang dihukum atau mereka yang menganiayai diri mereke sendiri..

Antaranya ialah Kaum Lut :

Allah S.W.T berfirman bahawa ::

“Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia, dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas."
(asy-Syu’araa:165-166).

 (Demikian juga) kaum Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan) oleh Rasulnya). Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam – Sebagai limpah kurnia dari Kami. Demikianlah kami membalas orang-orang yang bersyukur. Dan demi sesungguhnya Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa Kami; dalam pada itu mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu. 
(Surah Al-Qamar: 33 -36)

Kaum Hud :

Allah S.W.T berfirman bahawa ::

Ini adalah beberapa cerita masyarakat yang Kami berkaitan kepadamu: dari mereka ada yang berdiri, dan sebahagian telah siang bawah (oleh sabit waktu). Bukan kami menganiaya mereka bahawa: Mereka menganiaya jiwa mereka sendiri: para dewa yang lain dari Allah, yang mereka dipanggil, keuntungan mereka tidak sedikit pun ketika ada mengeluarkan perintah Tuhanmu: Mereka juga tidak menambah sedikit pun (untuk nasib mereka), tetapi kebinasaan !  
(Surah Hud: 100-101)


 Berdasarkan ayat-ayat diatas, maka terbuktilah bahawa, jika ada dikalangan mereka (rakyat Jepun) melakukan maksiat (perbuatan jahat) kepada yang lain mahupun kepada mereka sendiri, maka ALLAH akan turunkan azab yang seketika..Kalau kita lihat kisah mengenai kaum-kaum lain yang pupus, AZAB mereka adalah dalam jangka masa yang LAMA. Maka bersyukurlah kita dan salam serta selawatlah atas junjungan besar kita, YA RASULULLAH S.A.W.. kerena, Rasulullah telah meminta Allah s.w.t meringankan azab kepada manusia akhir zaman.




Di manakah silapnya?? Ternyata silapnya adalah "Cara Hidup Mereka" yang membawa kemungkaran ALLAH.. Cara pemimpin mereka mentadbir juga ada salahnya.. Maka tidak kurang di Malaysia. Dahulu kita katakan, masalah sosial di negara ini tidak ada masalah.. Sekarang kita katakan,remaja mahupun dewasa, cara mereka ber'sosial' sudah melampaui batas. Alangkah bagus jika kita dapat menghalangnya dan lebih bagus jika kita mencegahnya daripada mengubati.. Dimanakah silapnya negara kita yang tercinta ini??

 Seharusnya kita memperbaiki cara hidup kita. Dan memperkuatkan pegangan agama kita sendiri. Semua agama di Malaysia ada menyatakan bahawa, Perbaikilah diri dan Lakukanlah kebaikan di Dunia ini. Moga, apa yang terjadi di Jepun, dijadikan pengajaran bagi kita (manusia) untuk memperbaiki diri yang jahil ini.

 END::. 


.::PERBAIKILAH KELEMAHAN KITA::.
  .::SEDARLAH DIMANA KITA BERADA DI SISI ALLAH::.
   .::SEDARLAH DUNIA INI HANYA SEMENTARA::.
    .::KEHIDUPAN YANG SEBENAR ADALAH LEBIH::. .::BERMAKNA DARIPADA KEHIDUPAN DI DUNIA INI::.

1 comment:

  1. nice entri boy... memberipengajaran kepada semua orang.
    membuka pandangan orang ramai terutama pemim*** Malaysia...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...