Wednesday, February 22, 2012

Cinta itu ajaib...

Cinta. Satu perkataan yang sangat sinonim dengan kehidupan. Dengan satu perkataan ini sahaja boleh mengubah seluruh hidup kita. Daripada seorang yang murung, mungkin boleh jadi seorang yang sentiasa tersenyum. Hati yang gundah kembali bersemangat melusuri kehidupan. Ajaibnya cinta ini tak siapa pun yang tahu. 

Terkadang kita tak sedar ia datang mengetuk pintu hati kita untuk bertandang dan kalau boleh mahu menetap di hati kita yang kosong itu. Cinta mampu memenuhkan ruang hati yang walang dan menceriakan kehidupan seseorang.

Jangan tak percaya. Hanya dengan cinta saja kita mampu meneruskan hidup. Ada orang, pada mulanya memang merancang untuk membunuh diri. Tapi sinar cinta hadir disaat dia memerlukan dan memberinya harapan yang baru. Untuk meneruskan kehidupan yang baru. Melupakan kisah silam yang penuh kelam.

Tapi, kerana cinta juga manusia boleh berubah. Tak kesahlah dari yang buruk kepada yang baik atau sebaliknya. Seandainya cinta yang dimiliki disalah gunakan, yang baik mungkin akan berubah wajah kepada yang kurang baik dan seterusnya kepada keburukan. Iaitu dendam!

Manusia akan sanggup lakukan apa saja untuk mencapai setiap keinginan yang terbuku dihati. Seperti yang dinyatakan, cinta jika disalah tafsirkan akan menjadi kelam dan kusam. Sedih dan kecewa. Murung dan sugul. Hidup tak menentu. Kacau bilau. Sering melakukan perkara yang diluar jangkaan. Air mata melimpah dan terus mencurah. 

Hati dan otak lupa pada yang Esa. Lupa pada cinta. Tetapi terus memburu dendam. Dendam kesumat. Dendam yang tak mampu dihapuskan lagi. Hati menjadi kabur, kelam dan terus tenggelam di dalam kekufuran. Jalan yang lurus kini bertukar menjadi bengkang-bengkok. Tak terurus jalannya. Bagaikan ular dipalu.

Cinta amat berbeza dengan perasaan ingin memiliki. Jauh sekali! Perasaan ingin memiliki tidak kenal redha atau bahagia. Apa yang perasaan ini tahu adalah 'dia milik ku'. Sedar tak insan, setiap yang di dunia ini bukan milik kita. Tapi Maha Pencipta yang memiliki seluruhnya. Kita hanya pnjaman.


Cinta itu agung bila kita cintakan Dia yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Andai kita mencintaiNya, pasti akan kita di cintaiNya. Akan dikurniakanNya untuk kita seorang insan sebagai penghubung untuk menyalurkan cintaNya kepada kita.

Dengan cinta yang diberi, maka bercantumlah dua jiwa jadi satu. Lahirlah insan yang soleh dan solehah. Yang akan meneruskan cinta dan terus menaburkan cinta di muka bumi ini. Merekalah yang akan mewarisi kecintaan dan keamanan dunia. Merekalah yang akan melanjutkan rasa cinta dan terus menyemai cinta itu di hati insan-insan yang walang. Dan terus memberi sinar baru kepada mereka yang malang.


10 comments:

  1. Replies
    1. How are you doing?

      Delete
    2. Not well.. Got few fever and all that. You?

      Delete
    3. Good enough to make a reply.

      Delete
    4. Hahaha.. In very decent condition you said. Just few more days to Raya. Everything prepare?

      Delete
    5. Physically yes. You?

      Delete
    6. Yes I guess. Nothing to prepare actually. ;)

      Delete
    7. Selamat hari raya then(thumbs up). Glad to be the anonymous. Tc.

      Delete
    8. You're not anonymous. You are Aisyah. I'm glad actually and aisyah always fine for me. Okay? Call me or anything when you need me. I always be there.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...