free counters

Sunday, February 12, 2012

Kenali Aqidah 3 Tahap Pengertian ( Part 1)

Alhamdulillah... Assalammualaikum dan peace be upon all of you.

  Hari ini kita akan membincangkan mengenai Aqidah. Sepertimana kita tahu, aqidah ini adalah ikat, ataupun perjanjian dan ikat dengan kukuh. Yang itu dari segi bahasanya. Dari segi istilah (umum) aqidah ialah, membenarkan atau mengiktirafkan dengan sepenuh hati tanpa sebarang pengubahsuaian atau kompromi terhadap Allah s.w.t dan Rasul-Nya yang tersemat erat di hati sanubari kita. Boleh faham ya? Makna aqidah yang telah dibincangkan tadi adalah umum, tidak mendalam sepenuhnya. Tetapi cukup untuk kita sekadar fahami dan memahami erti Aqidah Islammiyah. Jadi "lets go digging more knowledge".

Aqidah Islamiyah Tentang Allah ada Tanpa Tempat

DEFINISI TERMINOLOGI AQIDAH.

PERTAMA: AQIDAH

  Aqidah telah melalui tiga tahap perkembangan makna. Jadi dari satu ke satu makna, ia menjadi lebih mendalam. Sekiranya kita benar-benar memahaminya.

Tahap Pertama, aqidah ditakrifkan dengan:
  1. Tekad yang benar (al-'Azm al-Muakkad)
  2. Mengumpulkan (al-Jam'u)
  3. Niat (an-Niyah)
  4. Menguatkan perjajian (at-Tautsiq Lil 'Uqud)
  5. Sesuatu yang dipercayai dan diamalkan oleh manusia, zahir dan batin (Maa yadiinu Bihi al-Insan Sawa'un Kaana Haqqa an Bathilan)

  Tahap kedua, perbuatan hati. Boleh faham ya? Contohnya;

"Saya percaya bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah"
Sentiasa berzikir kepada Allah dan berselawat keatas Nabi Muhammad.
Pemahaman kita terhadap Islam dan pengamalan keatas Sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w.

  Sebanyak sedikit contoh, mudah-mudahan mudah kita fahami untuk pengertian aqidah tahap kedua. Disinilah aqidah mulai diertikan sebagai perbuatan hati si hamba yang mengabdikan diri kerana Allah. Makna ini lebih mendalam dari tahap sebelumnya. Dari sini kemudiannya, aqidah didefinasikan sebagai 'keimanan yang tidak mengandungi kontra (tolak banding)'. Makna ini dapat kita anggap sebagai maknya yang syar'i. 

"Iman" bererti pembenaran. 

"tidak mengandungi kontra (tolak banding)" bererti tidak ada sesuatu selain iman dalam hati seorang hambam tiadak ada kompromi selain bahawa ia beriman kepada-Nya.

  Maka semua kompromi akan adanya perbezaan seperti keraguan, dugaan, ketidatahuan, kelupaan dan lain-lain lagi. Makna inilah yang secara diaplikasikan berlaku pada tiga zaman (paling) utama;

1. Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w
2. Tabi'in
3. Tabi'uttabi'in.

Allah s.w.t berfirman,


"Dan diantara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati (janji) apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka diantara mereka ada yang gugur. Dan diantara mekrea ada (pula) yang menunggu dan mereka sedikit pun tidak berubah (janjinya)".

(Surah Al-Ahzab:23)


Alhamdulillah untuk kali ini, disini sahaja perbincangan kita. Terlalu panjang susah kita hendak ingat kesemuanya. Jadi biarlah sedikit untuk kali ini, agar kita dapat benar-benar memahami erti Aqidah Islamiyah. 


::BERSAMBUNG::
::KENALI AQIDAH 3 TAHAP PENGERTIAN::
::(PART 2)::

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...