free counters

Tuesday, February 14, 2012

Kenali Aqidah 3 Tahap Pengertian(Part 2)



  Peace be upon on all reader and visitor. Untuk artikel kali ini adalah bagi sambungan untuk tajuk yang sebelum ini iaitu Kenali Aqidah 3 Tahap Pengertian (Part 1). Hari ini kita sambung kita punya 'pengetahuan' bagi 'complete' sikit.

Pada artikel sebelum ini kita telah pun mengetahui bahawa Allah S.W.T berfirman yang bermaksud,

"Dan diantara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati (janji) apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka diantara mereka ada yang gugur. Dan diantara mekrea ada (pula) yang menunggu dan mereka sedikit pun tidak berubah (janjinya)".

(Surah Al-Ahzab:23)


  Ramai manusia yang hidup didunia ini berpegang kepada (aqidah) janjinya. Akan tetapi masih ada yang kaku atau tidak tahu hendak lakukan apa. Malahan juga ada yang (tidak pegang pada janji) gugur. Jadi, yang mana satukah kita? Jika ia yang tidak elok, maka marilah kita sama-sama perbetulkan.


**Story Time**

Pernah seorang guru atau Ustaz saya sendiri berkata sambil berbual,

"Untuk berubah sesuatu yang telah menjadi kebiasaan adalah susah. Dan pada suatu ketika ia agak mustahil untuk seseorang melakukan perubahan yang 'ketara'. Kadang-kadang ada yang hanya mampu mengubah akan tetapi hanya untuk 2-3 hari sahaja. Apa yang penting ada niat. Apa yang penting ada keikhlasan pada kita untuk membuat satu perubahan."

  Sungguh benar saya katakan. Saya tidak berbohong, malah saya sendiri cuba lakukan. Agak "SUSAH" dan "MUSTAHIL". Manusia tidak sempurna, walaupun dia adalah orang warak atau sebagainya. Manusia memang tidak sempurna. Begitu juga dengan aqidah manusia. Ketidaksempurnaan itulah menjadi tanggungjawab kita untuk menyempurnakannya dalam apa jua keadaan dan rintangan.


 Pernah satu perubahan yang cuba dilakukan, ia memakan 6 bulan, dan sampai satu ketika, amalan yang lama datang kembali. Sungguh saya katakan. Benar. Sebelum ini mungkin kita ada membincangkan pasal iman. ok.. Bayangkan jika iman kita pada tahap yang 3, contoh... Tiba-tiba kita lakukan perkara yang tidak sepatutnya kita lakukan walaupun benar-benar mahu berubah akan tetapi apakah daya nafsu manusia itu musuh 24/7 dan yang paling efektif bagi Syaitan gunakannya sebagai "medium" atau pengantara. Pada saat itu, iman kita jatuh berderai, maka bermulalah kita dari dasarnya. Alangkah ruginya... Jadi benarlah melakukan perubahan terutamanya aqidah kita sendiri mempunyai pelbagai masalah dan rintangannya. 

**Tamat** 


Jadi kita sambung Kenali Aqidah 3 Tahap Pengertian (Part 2)....


  Tahap ketiga, disini aqidah telah memasuki tahap kematangannya dimana, ia telah terbentuk atau dibentuk sebagai displin dengan ruang lingkup permasalahan tersendiri. Inilah tahap kemapanan dimana aqidah didefinisikan sebagai,

المعرفة حول قوانين الشريعة الإسلامية في مجال العقيدة المستمدة من الأدلة ورفض 
الأدلة المشكوك في تحصيلهاوالمطلق الذي معيبة

"Ilmu tentang hukum-hukum syariat dalam bidang aqidah yang diambil dari dalil-dalil yaqiniyah (mutlak) dan menolak syubhat dan dalil-dalil khilafiyah yang cacat"

  Jadi disinilah dimana aqidah yang mutlak, yang baik kita ambil untuk dijadikan sebahagian dalam kehidupan hari kita dan diri kita sendiri. Manakala aqidah yang buruk atau mengandungi dalil-dalil yang cacat atau tidak sempurna atau tidak baik haruslah ditolak sepenuhnya dari kehidupan kita  sebagai manusia. Tidak kisahlah , beragama apa-apa pun, semua agama menyarankan supaya manusia berbuat baik sesama sendiri. 

  Yang mana mengandungi syubhat, atau kecacatan, keburukan, hindarilah darinya. Ingat aqidah yang sempurna, iman yang sempurna bermula dari 'penolakan' atau menolak sebarang hasutan-hasutan syaitan dan nafsu kita sendiri. Selalulah minta-minta dan bermohon pada yang Maha Esa agar dipermudahkan segala urusan kita di dunia demi kebahagian akhirat yang kekal abadi.

  Syukur, Alhamdulillah. Perbincangan kali ini dapat memantapkan pengetahuan kita mengenai aqidah Islamiyah yang sebenar dari segi pengertiannya. Jika melakukan sesuatu perkara, biarlah dari dasarnya, kemudia barulah ke peringkat yang seterusnya. Umpakan membina banggunan atau rumah. Mula dari dasar.

Assalammualaikum wbt... Selamat Beramal..


OUR JIHAD FOR THIS CENTURY IS NOT WAR

BUT

OUR JIHAD FOR THIS CENTURY IS OURSELF

LET BRING ISLAM INTO OUR LIFE

::INSHALLAH::

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...