free counters

Monday, February 20, 2012

Funny Story: Renungan Untuk Suami


*Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja,sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.
Satu malam ~~~~Mat berdoa,”Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku.Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja.Biar aku pula yang berehat dirumah.


“Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Selepas itu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan.

Selepas itu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.Dan panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak kesekolah.Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. 
Kemudian kutip kain busuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur.Then, baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Kemudian angkat kain di jemuran.Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar,waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap. Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur…. dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe…Bolehlah rasanya nak berehat sikit.Opps…. belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur…. … tak pasti pukul berapa.
Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,”YaTuhanku. Barulah kini aku tahu…. Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri.Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat,minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagaisuami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja.

“Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,”Wahai Mat,kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali….”Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari???….Beranaaak? ??…….. Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak taaaaaaaaaaaaaaaaaa akkkkk… !!!~~~~~




“Bang, bang… Abangggg… apasal niii…..??”Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,”Nab, Nab yang jadi suami atau abang yang jadi suami???”Laaaaa… tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab nie pompuan. Tentulah abang yang jadi suami….. Apa punya lawak pagi-pagi buta ni…..


“Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah….. Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh… Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya….

Pengajaran dalam cerita ini,
"Isteri adalah anugerah Allah kepada seorang insan yang bergelar Suami ataupun Lelaki. Sama juga seperti lahirnya seorang anak ke dunia ini. (tapi tak samalah taraf dua-dua nie). Jadi Isteri ini, jika dinilai dengan dibandingkan mata wang RM or US pun tak lepas. Dengan emas lagi lah tak ternilai. Jadi sayangilah isteri kalian (kalau dah kawin) dan lindungilah mereka."




2 comments:

  1. pengajaran untuk lelaki... jangan tau merungut je.... =)

    ReplyDelete
  2. Ya saya setuju.... Saya akan bersyukur sebab jadi lelaki... :D

    Moga beri manfaat.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...